4 jenis ubat yang amat diperlukan oleh aku

ubat mengandung
Dalam gambarajah tersebut… hahah……gambarajah… kelakau lak rasanya aku nulis…….

Tu dalam gambar tu.. ada berapa jenis ubat murid2?? hahahaha (berangan kan nak jadi cikgu…)

Terdapat adalah 4 jenis ubat iaitu :

  • Asid Folic
  • B Complex
  • Ascorbic Asid
  • Ferromed

Ubat-ubat ni di bekalkan untuk IBU-IBU mengandung macam aku… tapi untuk bakal ibu yang ingin mengandung pun boleh dapatkan ubat ini untu persediaan jugak..

Tapi tuk bapa-bapa yang akan mengandungkan si ibu-ibu pun boleh jugak kalu nak makan… elok apa………macam Jejai @ Eyriqazz….. muahahaha **larikkkkkk**

Jadi marilah kita mengenal apa kah kebaikan apabila makan ubat-ubatan ini…

AMARAN :

**Segala maklumat ini pemilik blog hanya membuat rujukan melalui GOOGLE, jadi untuk maklumat terperinci, sila la merujuk kepada doktor yang bertauliah**

asid folic

Asid Folic

Asid folic adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9 ia membantu tubuh anda membentuk sel-sel baru seperti DNA.

Sumber makanan kaya asid folic ialah sayuran hijau,kacang pea dan bijiran. Terdapat juga dipasaran roti yang diperkaya dengan asid folic.

Pil ini agak meloyakan disebabkan baunya  yang agak kuat. Jika anda mempunyai masaalah ini, ambilah pil ini pada waktu malam sebelum tidur. Kesan sampingan loya tidak akan rasai kerana anda berada dalamn fasa tidur selepas mengambil pil asid folik ini.

B complex
B Complex

 

B-Compleks ialah menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy) selain itu ia juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan kita. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar.

Sumber semulajadi vitamin B-complex ialah sayuran hijau, kekacang.

Ia juga diperlukan untuk penghasilan hemoglobin (sel darah merah) dan penting untuk metabolisma lemak, protin dan karbohidrat

ascorbic acis
Ascorbic Acid (Vitamin C)

Diperlukan untuk pembentukan tisu penghubung antara sel, mengekalkan protein untuk kestabilan sel kepada membran, mencegah skurvi atau rickets dikalangan kanak-kanak

Sumber makanan lain ialah Kobis mentah, lobak merah, jus oren, betik, lettuce, celery, bawang besar, tomato, dan kebanyakan buah-buahan citrus.

ferromed

Ferromed

Ubat ini adalah untuk menambahkan darah dalam badan kita. Ubat ini perlu lah di ambil seelok-elokya sebelum makan. Jika memakan ubat ini najis akan bertukar warna menjadi hitam.

Selain itu sumber makanan lain seperti hati, pedal dapat menambah darah semulajadi.

Jadi setiap hari aku makan ubat-ubat ini.. kekadang ada gak terlupa makan belah pagi, aku anjak ke petang.. tu pun lupa gak makan belah petang aku anjak ke malam…. jadi bila dah lupa makan waktu malam. aku tak makan la ubat tu seharian…

Kalu tahu dek misi kat klinik, mau kene bebel….hahahaha

Jadi, sekarang nie aku akan cuba ingat untuk makan.. sebab ini pun untuk baby dalam perut ni gak.. makanan tambahan dia selain apa yang aku makan..

Nota kaki : Tu belum lagi tambah ubat-ubat lain .. kalu kene penyakit lain seperti demam ker, batuk ker..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments

  1. yatie says:

    akak masa preggy punyalah susah nak telan ubat.. telan je kuar balik tak ikut mulut ikut hidung pun boleh….tak suka ubat nih.. bau tak best

  2. fara says:

    sumi aku tumpang excited ko preggy hehehe.. mmg ubat2 seperti gambarajah di atas sgt baik utk ibu2 preggy.. bkn ko je lupe, dulu aku pun ade kalenye lupe gak hehe

Leave a Reply to suffer8zine Cancel reply