Jom sertai Karnival Kominuti Hijau 2011

Dimaklumkan bahawa KeTTHA dengan kerjasama GreenTech Malaysia akan menganjurkan

Acara : Karnival Komuniti Hijau 2011
Tarikh : 13 Mac 2011 (Ahad)
Tempat : Kawasan Astaka, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Masa : jam 8.30 pagi hingga 7.00 petang.

Karnival ini akan dihadiri dan dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Objektif utama penganjuran Karnival Komuniti Hijau 2011:

  • Untuk menggalakkan masyarakat umum mengamalkan gaya hidup hijau dalam kehidupan seharian, memelihara alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama, memperkenalkan produk-produk yang berasaskan teknologi hijau di samping memperlihatkan inisiatif yang dimainkan oleh pihak kerajaan dalam mempromosikan gaya hidup hijau.

Pelbagai acara yang menarik diadakan seperti

  • permainan berasaskan teknologi hijau
  • mini-konsert
  • bengkel pendidikan
  • Pameran produk-produk
  • para pengunjung berpeluang menukar mentol lama kepada mentol penjimatan tenaga di kaunter pertukaran.

Anda dijemput hadir ke karnival ini dan jangan lepaskan peluang menyertai aktiviti Karnival Komuniti Hijau 2011 serta memenangi hadiah-hadiah yang menarik menanti anda.

acara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply