Jom kita tengok Dinosaur ‘serang’ Kuala Lumpur

SEKITAR Pusat Sains Negara (PSN) kini diserbu orang ramai yang ingin melihat secara dekat 32 ekor dinosaur – reptilia yang pernah wujud di muka bumi kira-kira 165 juta tahun dahulu.

`Serangan’ dinosaur di PSN itu merupakan sebahagian daripada pameran Dinos Alive yang bermula sejak 1 Disember lalu.

Ini bukan pameran biasa. Semua 32 ekor dinosaur tersebut `hidup’ dan pasti akan mengancam setiap pengunjung yang datang.

Ngauman ngeri spesies Tyrannosaurus Rex atau T-Rex misalnya boleh didengar hingga ke luar pusat pameran.

Malah ngauman ngeri itu akan terus mengancam para pengunjung PSN selama enam bulan hingga Mei tahun depan.

– Petikan Utusan Malaysia

Rasa macam nak bawa anak-anak pergi ke Pameran Dinosaur ni la…

Tetiba teringat zaman sekolah dulu pergi tengok Dinasour gak tapi kat Subang Prade masa tu…heheheeh

pameran

(Kredit picture ke Kimiein Fotopages)

Seronok tengok Keluarga Kimiein ni g k Pameran tu.. ingat nak g la bawa anak2 ke sana hujung minggu ni..

Kene bagi tahu my IR dulu.. sbb dengar macam nak g service kereta dulu. Tak per.. x dapat g ngan my IR g ngan Cik Norfa jer la….hehehe

Acara : Pameran Dinasour
Tempat : Pusat Sain Negara, Bukit Kiara
Tarikh : 1 Disember 2010 – 31 Mei 2011
Waktu pameran : 9 pagi – 5 petang

Harga tiket :
Dewasa (18 tahun ke atas)  – RM10.00
Kanak-kanak (4 tahun hingga 17 tahun) – RM5.00
4 tahun ke bawah – PERCUMA
Pakej Keluarga (2D + 2K) – RM25.00

So..apa lagi.. jom bawa anak-anak pergi ke pameran ni…hehehe

Nota kaki : Yeah… leh tgk dinasour……hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments

Leave a Reply to ciku Cancel reply