BN umum syarat baharu miliki kad kredit

kad kredit

BN (Bank Negara yek bukan Beautifulnara lak) umum syarat baharu miliki kad kredit.

Kelayakan pendapatan minimum untuk pemegang kad kredit baru kini dinaikkan kepada 24 ribu Ringgit berbanding 18 ribu Ringgit, berkuat-kuasa serta merta.

Langkah itu antara usaha Bank Negara Malaysia mengekalkan hutang isi rumah pada paras terkawal.

Bagi mereka dengan pendapatan 36 ribu Ringgit setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.

Its very important for us to ensure that the household debt level remain to the level at all times. And that the household sector continue to be resilient and has such pre-emptive and targeted measure has been introduced.

– NOR SHAMSIAH MOHD YUNUS / TIMBALAN GABENOR, BNM

Ketika ini, kira-kira 50 peratus daripada 3.2 juta pemegang kad kredit berpendapatan kurang 36 ribu Ringgit setahun.

Sehingga penghujung 2010, baki tertunggak kad kredit 30.8 bilion Ringgit atau lima peratus daripada jumlah hutang isi rumah.

duit

Nota kaki : Alahai… bayar TUNAI jerla.. lagi senang.. tak yah pepening pala……

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply