Okey…. hari tu duk kicau-kicau dan siap buat blog kan pasal tetiba tingin sangat nak makan Ayam Penyet nie…. haaa……. AKHIRNYA.dapat gak merasa.
Itu pun puas la duk cari kat mana la terletaknya Ayam Penyet Bangi nie.. siap call Eyriqazz, tapi tak berjawab… kendian call pula Niza akhirnya berjawab. Minta dia googlekan alamat Ayam Penyet Bangi…
Dan akhirnya jumpa jugaaa…………hehehee kat Seksyen 15 ko.. yang aku g cari kat Seksyen 9.. hahaha.. padanla tak jumpa..
okey… memula kene snap gambar dak comel ni… sedang menunjukkan PEACE NO WAR dia.. tapi tak menjadi…muahaha
Tu dia muka wajah yang sedang teringin nak makan Ayam Penyet nie.. siap suh my IR g bawa tak kira walau apa pun cara…hehehe
Tenang jer aku tengok Restoran nie… tak der orang…sunyi jer
My IR dah cuak..sebab dia kata tak de rorang… siap cakap “Mesti tak sedap”…. huhuhu
Menu yang aku pilih… oh ya.. ada set rupanya.. jadi kami ambik 2 set
Ayam Penyet + Air = RM9.90
dan kami tambah pula nasi putih dan satu pinggan telur + tahu + tempe tuk anak-anak..
untuk mengelakkan makan nasi kering, kami tambah sup bakso di mana mee hoon nya sikit jer… tapi bebola daging nya ada 4 ketul (dalam gambar ada 3, sebab satu dah kene makan..hehe)
Okey… ni la rupa kedai tu… udah la gelap x der lampu… kat depan tu…
gelap semacam jer ko……..hahaha seram nengok memula masuk..
Jadi jumlah keseluruhannya adalah RM19.80 untuk 2 dewasa + 3 kanak-kanak….
Adakah ia sedap sumijelly??
Emm…… rasa ayamnya ok.. tapi kecil pula aku nengok dari yang kat Shah Alam tu. dan sambalnya sangat…sangat pedas dan tak rasa sedap langsung….huhuhu…
Jadi nanti nak try makan kat KLCC punya lak… bila?? entah la…hehehe
Jadi pada yang nak mencuba di Restoran Ayam Penyet Bangi, ini alamatnya :
9-G Jalan 15/1D
Sksyen 15, Bandar Baru Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia (Near Pertonas & Nasi Briyani , Fronting Stadium Bangi ) .
nak tahu apa menu yang ada, sila layari websitenya : Ayam Penyet AP
Nota kaki : emmm…….. nak makan ikan keli tu, x dpt sbb selera nak makan ikan lom ada…huhuhu

saya xpenah mkn kt kedai tu.tp selalu mkn kt wong solo.kat bangi gak.yg tu sedap di tekak saya 😉
@jasfyra,
ada yek wong solo??
kat mana yek?? nak try gak la…….
restoren ayam penyet bandar puteri puchong pun selalu kosong tak de/sikit orang.kadang2 tu saya satu family je.tapi bagus ape tak de orang rasa macam restoran/umah sendiri.haha
@mrs adam,
memang pun..bila tak ramai.. time tu pulak anak makan bersepah2…
ishk..ishk.. sebaik tak ramai masa tu.. kalu tak mesti org pandang2…hahaha
nanti aku cuba gak lah… tak perasan pun kedai ni kat seksyen 15 lah
@CikLilyPutih,
aku pun tak pasan… mcm mana nak pasan.. kedai dia kat bahagian belakang jalan…tu yg tak pasan…
alahai kitapun teringin nak makan ayam penyet ni.masa kita buat umrah bebaru ni ada transit kat yaman pastu makan ayam penyet buatan indonesia kat sana..sedap giler ..pastu nak cari kat sini ayam penyet..belum dpt pergi lagi..nnt kalau sumijelly dpt try the best restoran ayam penyet stori la kat blog awak yek..tq
@ciku,
pernah makan kat SHAH ALAM..sgt sedap tau…
ni entry nya
https://sumijelly.com/2010/08/31/ayam-penyet-ap-shah-alam/
sedapnya…
jum mkn skali kat wangsa walk.. hahaa.
@hamzah,
ok… ko banjer……!!
yeah!!
hmmmmm, nak makan apa tengah hari ni
@sharinginfoz,
g la try nik..sedappppp……
ada 1 kdai kat hentian kajang 2 ayam penyet dia sdap,,wlaupun kedai dia bkan nma ayam penyet..tp xingat lahh..saji apa ntah..murah plak 2, RM5.50 ja tp nsi ciput lak..cba la try,smbal pn sedap sgat n bleh tahan pedas nya..
@naini,
ooh.. ye ker?? boleh la nanti saya nak cuba rasa..
terima kaish atas informasi….
@Sumijelly, dah ingat, nma kdai 2 ‘pecel lele’..