Lesen Memandu Auto @ Manual?

lesen memandu

Penambahbaikan silibus kurikulum latihan mantapkan pemanduan lebih komprehensif

KUALA LUMPUR: Pelatih yang mahu mendapatkan lesen memandu akan dibenarkan menjalani latihan dan ujian menggunakan kenderaan transmisi automatik tidak lama lagi selepas kerajaan meluluskan penambahbaikan silibus kurikulum latihan memandu sedia ada yang menggunakan kenderaan transmisi manual.

Berikutan itu, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.

– Petikan dari Berita Harian

omak aih… siap asingkan lagi lesen tu…

wah… senang la nak buat pilihan pas nie.. nak belajar auto ker manual??

apa pendapat korang??

Nota kaki : alahai… mesti pas nie ramai yang beli kereta auto..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

  1. missbby says:

    itulah pasal kan cik sumi, tapi saya prefer manual, cam sekarang saya bawak manual..pasal kalau bawak manual confirm dia boleh bawak auto..:)

  2. zool says:

    Rasa elok belajar manual sebab susah sikit berbanding auto.. kalau boleh bawa manual senang belajar auto tapi kalau sebaliknya mungkin terkial nak bawa manual

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply