Elizabeth lahir di parti seks

PENUH DRAMA...kisah hidup Elizabeth mula dikenang semula sejak dia meninggal dunia.
PENUH DRAMA…kisah hidup Elizabeth mula dikenang semula sejak dia meninggal dunia.

TIDAK dinafikan hidupnya penuh dengan suka duka dan layak dijadikan filem, terutama selepas kematiannya.

Namun, kemunculan Elizabeth Taylor juga begitu dramatik.

Menurut sejarah, aktres itu dilahirkan di rumah ibu bapanya di Hamstead, barat laut London.

Tetapi, selepas dia meninggal dunia beberapa minggu lalu, muncul maklumat menyatakan dia sebenarnya lahir ketika ibunya menghadiri parti seks bertukar-tukar pasangan di Hartford, Cheshire.

Bekas pengarang akhbar Northwich Guardian itu berkata, dia percaya ibu bapa Elizabeth, Sara dan Francis, menghadiri parti hujung minggu pada 1930-an itu hanya untuk bersuka ria.

“Saya yakin parti hujung minggu di Hartford sa?ngat popular dan antara tetamunya adalah pasangan Francis dan Sara Taylor dari London,” katanya.

Menurut Bevan, pasangan itu datang ke Hartford menaiki kereta api atau kereta Buick yang dibeli jutawan dan ahli Parlimen mewakili Parti Konservatif, Victor Cazalet.

Katanya, dia yakin kereta itu sengaja dibelikan Cazalet untuk keluarga Elizabeth kerana dia adalah bapa angkat selebriti itu.

“Kejadian itu bertepatan dengan tarikh lahir Elizabeth, iaitu Sabtu, 27 Februari 1932,” katanya.

Sara bersara daripada dunia lakonan apabila berkahwin dengan bapa Elizabeth pada 1926.

Ketika datang ke Hartford pada 1932, Sara sedang sarat hamil dan tanpa disangka-sangka, melahirkan Elizabeth.

Pada masa sama, kata Bevan, pasangan suami isteri itu tidak mahu sesiapa pun tahu di mana mereka berada ketika itu.

Justeru, katanya, Sara dan Taylor bergegas pulang ke London keesokan paginya dan kelahiran Elizabeth pun didaftarkan di situ.

“Saya difahamkan, Elizabeth tahu apa berlaku pada hari lahirnya.

“Apabila dia menjadi terkenal, sesuatu berlaku menyebabkan ada orang bertanya mengenai tempat lahirnya.

“Menjawab soalan itu, dia terus berkata lahir di Hartford, tetapi segera mengubahnya kepada Connecticut sebelum memperbetulkannya kepada London,” katanya.

Bagaimanapun, Bevan kecewa kerana gagal mendapatkan maklumat sahih mengenai lokasi sebenar Elizabeth dilahirkan.

Katanya, dia mengesyaki kejadian itu berlaku di tempat bernama The Crescent.
Selain Elizabeth, Hartford juga menjadi tempat lahir seorang ikon layar perak terkenal di Britain, Ann Todd.

Lahir di situ pada 1909, Ann melakar nama sebagai bintang filem sejak 1931 hingga 1979.

Pegawai Persatuan Sivik Hartford, Pat Hatfield, berkata dia tidak pernah mendengar mengenai kelahiran Elizabeth di situ.

“Tetapi ia maklumat yang menarik dan akan membuat kajian mengenainya,” katanya.

Penulis dan penerbit, Mark Bevan, berkata ibu Elizabeth, Sara, melahirkan aktres itu di parti liar berkenaan dan bergegas pulang ke London.

Nota kaki : Dah tak ada baru sumer sibuk nak bongkar kisah hidupnya….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

Leave a Reply to suffer8zine Cancel reply