Cara menonton saluran pakej MUSTIKA

Care ni aku dapat dari cousin aku yg kije di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die terkantoi.

Tu ari aku pergi rumah die time siaran MAHARAJA LAWAK. Die tgk kat channel ASTRO WARNA.

Ntah mcmane die pecah lobang bgtau aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie tanpa perlu melanggan.

Aku mula tak caya gak. Tapi balik uma aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK!

Korang cuba try test. Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.

HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.

 

1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan ‘STAND-BY’.

2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.

3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.

4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.

5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)

6. Tekan OK untuk pengesahan.

7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.

8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK.

9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK.

Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK.

10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)

11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.

12. Langkah terakhir, tekan 130.

13. Saksikan pratonton Mustika.

14. Untuk melanggan:
a) Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
b) SMS Mustika< ruang >< ICNo > ke 32888; ATAU
c) Klik ‘Dapatkan Mustika’ di atas untuk melanggan secare ONLINE.

15. Dgn muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan.

Terima kasih. Hahahah.

okey…okey… aku pun terkena yek bila baca ni.. konon nak buat.. sbb malam ni ada MAHARAJALAWAK kan? hahaha

Jadi, apa kata jangan korang jer terkena, g la bagi kat orang lain gak……..hahahaa

Nota kaki : malaun mana la rajin buat citer melalut ni yek?? hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments

Leave a Reply