2 barang yang memerlukan pembaikan…. apa perlu aku buat?

Eh..hari ni dah hari khamis?? cepat tul masa berlalu….. dan hari ni genap dah kandungan aku 23 minggu…… ishk… rasa tak sabar nak melahirkan anak wei…

So, sekarang tengah sibuk nak membuat persiapan tuk si kecik… alahai.. macam anak pertama lak.. padahal kain baju sumer pakai jer abang-abang dia yang punya…hehehe

Aku tak kisah anak lelaki ke perempuan, baju aku tak beli baru pun..hehehe

So, aku nak tanya pendapat korang nie.. aku ada 2 barang yang masih lagi elok dan baik lagi..cuma biasalah, bila dah bertukar-tukar orang yang memakainya..semakin lusuh la kan…

Barang nya adalah :

  • Walker baby

Walker ni aku dapat hadiah dari kawan adik aku Puan June(ala isteri kepada pemilik Restoran Saba tu la…) Dia hadiahkan sempena anak pertama aku… Kiranya hak milik Danila la…

Jangan korang tanya asal warna pink….mesti pelikkan?? sebab anak aku ketiga-tiga lelaki.. asal x beli warna biru??

Wei..agak-agak la kan.. orang bagi hadiah, kita ambik jer…jangan la nak membantah lagi pun aku tak kisah pun………hehehe

Dah lebih 6 tahun dah…. anak pun dah nak masuk 4 ko… punya la baik aku jaga… aku tak suka membazir, aku jaga baik-baik..

Nak bawa ke anjung pun aku tak kasi, sebab takut kotor.. leh guna dalam rumah jer…… tapi maklum la.. bila si adik nak pakai, si abang sibuk nak naik…maka kain dia makin lama makin koyak la…

Jadi bila dah  3 orang guna pakai, kain dia dah koyak tang bawah… jadi soalannya

Di manakah aku nak cari pengganti tempat duduk tu??

Leh bagi tahu aku tempat mana? aku nak cari yang warna pink ni gak…sebab nak sama kaler sikit…..

Barang kedua pula adalah :

  • Stoller baby

Okey… stroller ni bukan aku punya, tapi kakak ipar aku yang nombor dua punya. Dia bagi kat aku, sebab anak dia dah besar…

Jadi aku ambik tapi jarang pakai, sebab aku ada stroller sendiri yang masih elok lagi walaupun aku punya stroller tu tak semahal mana pun…

Tapi macam sayang pulak nak di buangkan?? cuma ada sedikit ketidak sempurnaan kat stroller ni…

Tengok la.. kain nya dah terkoyak… pas tu nampak kusam sikit… nak basuh pun susah gak..

Sebab aku cuba gak godek-godek nak bukak ker apa kan.. ingat nak basuh kain nya… tapi rupanya….

Kene bukak ngan skru la pulak… jadi soalan aku mungkin sama macam walker kot…

Kat mana aku nak cari kain storller tu?

Adakah chantik kalu aku buat kain sendiri pas tu jahit balik… leh tahu tak kat mana tempat nak buat kain stroller tu??

Ialah, ingat kalu dah di baiki  leh gak aku bawa Zulfadhli ker naik stroller tu.. sebab stroller tu sesuai tuk kanak-kanak yang dah boleh duduk…

So itu ajalah buat masa ni barang yang aku nak melakukan pembaikan… harap adalah yang sudi membantu aku yek…

Nota kaki : Aku akan jaga barang tu selagi aku leh jaga…..walaupun mampu beli baru, tapi rasanya macam sayang lagi yang lama…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments

  1. missbby says:

    Saya nak bagi cadangan pun saya orang luar kl..Tapi saya rasa kalau kat kedai-kedai baby kat kl tu mesti ada jual benda yang cik sumi nak tu..Betul tu, barang lama, kalau elok lagi, sayang nak buang kan..

  2. elynn says:

    memang la sayang nak buang…tapi agak2 la weii…udah 6 thn…walker tu patut dah berganti…yg lama tu ko simpan dalam store room…itu cuma opinion aku jer…apa2 pun up to you la..duit pun duit ko..

  3. cikpia says:

    sebagai kakak kepada 5 orang adik, saya dok tengok mama beli lapik stroller ngan walker tu… tapi tatau lak kat mana. rasanya kat supermarket biasa bahagian baby tu ada……

Leave a Reply to missbby Cancel reply