Pernah tak korang tengok gambar kartun 3 rumah kecil yang comel ini?? Pernah tak??
Emm..tak pernah ker?? mungkin ada yang pernah kot…hehehe
Alahai…comelnya… aku ngatkan apalah benda tu. Rupa-rupanya memang ada la yang memakai kostum ni…..tak caya ?
https://www.facebook.com/video/video.php?v=213173568692781&oid=95631321362&
Kan comel kan bila tengok iklan komersial ni? Ini pun aku jumpa secara kebetulan di laman Facebook Mama Mil. Maklum la bila dah ada anak dan aku lak sedang mengandung ni, macam-macam laman web aku tengok termasuk laman sosial gak. Itu pun sebab nak menambahkan ilmu pengetahuan lagi. Jadi apa lah salahnya aku berkongsi TVC bersama pembaca.
Apa kaitan 3 rumah kecil ni?
Rupa-rupanya tu iklan komersial mengenai susu kanak-kanak dari susu Mamil Gold yang mempunyai maksud tersendiri bagi setiap buah rumah tersebut. Ia berkaitan dengan ketahan daya anak-anak rupanya.
Jadi aku tahu setiap ibubapa pasti ingin memastikan anak mereka sihat dan kuat. Selain daripada makanan dengan bantuan susulah ia dapat membantu ibubapa dalam secara tidak langsung membantu anak-anak anda membesar dengan sihat dan kuat.
Lihatlah ketiga-tiga anak aku ni. Kerana susu lah mereka membesar dengan sihat dan kuat. Begitu besarnya pengaruh susu dalam kehidupan kita sebenarnya. Mana taknya dari saat mereka dalam perut, aku juga mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang bagi memastikan aku sentiasa sihat dan anak didalam kandungan membesar dengan baik. Meminum susu yang berkhasiat juga adalah salah satu caranya.
Jadi sejak dari kelahiran mereka susu lah penyambung kehidupan mereka sehinggalah mereka membesar sehingga kini. Alhamdulilah…kesemuanya aku berjaya susukan susu ibu sekurang-kurangnya 6 bulan pertama kelahiran mereka. Sebab kebanyakkan para doktor dan jururawat menjelaskan kepada aku, susu pertama yang keluar dari susu ibu mempunyai khasiatnya amat tinggi serta kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Jadi untuk para ibu yang tidak dapat memberikan susu ibu, korang janganlah bimbang kerana dengan adanya susu Mamil Gold ia amat sesuai untuk para ibu yang sibuk serta tidak dapat memberikankan susu ibu sepenuhnya kepada anak mereka.
Jadi amatlah penting bila mereka di berikan susu yang mempunyai nutrien-nutrien penting dan juga IMMUNOFORTIS seperti yang terdapat pada susu Mamil Gold ini kerana ia dapat membantu mempertahankan daya ketahan semulajadi anak aku terutamanya apabila mereka berada jauh dari sisi aku seperti berada di TASKA.
Mamil Gold juga lengkap dengan segala sumber yang diperlukan oleh anak-anak aku dengan memberikan segala jenis nutrien, lengkap seolah-olah memakan makanan yang seimbang kerana kadang-kadang anak aku ni lebih suka minum susu dari makan jadi aku tak perlu risau tentang mereka sama ada lapar ataupun tidak.
Tidak kiralah apa susu sekali pun, jika tidak lengkap dengan segala keperluan badan anak-anak untuk membesar apa lah gunanya meminum susu tanpa nutrien-nutrien yang penting kan. Macam Zulfadhli ni, dalam usia yang semakin meningkat ni susu lah yang membantu menjadikan tulang yang kuat dan badan dia sihat.
Jadi pastikan yang anak-anak korang juga mendapat minuman yang seimbang dengan diet yang berkhasiat, kaya dalam vitamin-vitamin & mineral kerana mereka memerlukan yang terbaik dalam permulaan hidup pemakanan anak-anak korang sehinggalah mereka dewasa.
Mana korang nak, minum susu kerana sihat dan kuat atau kurang minum susu hingga menjejaskan pembesaran dan pertumbuhan anak-anak korang? Jadi pilih lah yang memberikan kebaikan kepada korang dan anak-anak korang yek.
Nota kaki : Sayangilah anak anda dengan memberikan yang terBAIK!

macam aku ni yang kurang susu badan, of course laa akan cari susu yang bagus tuk gantikan susu badan aku untuk anak2 aku…
@sw33tdarling,
betul tu amy… kalu tak der rezeki anak2 nak minum susu badan, susu tepung la boleh membantu mereka membesar kan??
Laa,mati2 ingatkan kartun tu upin dan ipin..tapi kenapa 3? ada apin ke?hik3..yup, pemilihan susu yang bagus adalah penting untuk perkembangan dan tumbesaran anak-anak..buatla pilihan yang bijak…
@eyriqazz,
eh..tu sebenarnya anak aku yang pakai maskot tu.. ko tak pasna ker??hik3…
just nice apa, 3 lelaki tu sama seperti 3 hero anak aku…
alisya mesti sampai sekarna gminum susu kan?? kasi dia minum bebanyak tau.. nanti aku nak pinang biar menantu gemuk2 jer..hahaha
susu yg sesuai penting sangat penting utk sistem pertahanan badan dah tumbesaran kanak2…susu yg kaya dengan antigen2 yg berguna nie, amat sesuai diberikan sejak dari peringkat awal (lepas dah x menyusu badan lagi laa..)
time ni juga kalsium amat diperlukan untuk kanak2 nie membesar…so kalau kalsium diambil dengan ok, nanti leh jadi tinggi cam DD…hahahaha…DD nie sebab kalsium terlebih la jadi tinggi lampai mcm supermodel nih…hehehe…
@ddfabulous,
ooo… leh ker anak2 kak sumi tinggi macam DD nanti??
ha.. nak kene bagi derang minum bebanyak la.. leh jadi model mcm DD…hehehe
hmm, sponsored post nampak! sila belanja geng talibarut
@matjoe,
hehehe………… rezeki…
thanks mat joe..
next time nak masal dodol pakai mamil gold huhu
@dodol,
boleh apa.. ko letak jer.. sekarang org maska kuih pun guna susu tepung apa….hehehe
teringat citer 3 ekor anak babi time kecik2 dulu. sekor buat umah jerami, sekor umah kayu, sekor umah batu….. and the wolf huff! and puff! and bloooooooooooow the house down. he he….
@cikpia,
ewah..ko tetiba teringat zaman kanak2 lak yek….hahaha
Sekarang para ibu cari susu memang nak cari yang ada nutrien2 dan segala macam kebaikan kandungannya utk anak2. untuk menjadi kuat dan sihat! eceh..cam iklan kat tv plak rasanya sebut camtu.
Tahun depan nopa beli la susu ni. sebab ape? sebab tahun ni baru nak kawen. jadi tahun depan la dapat anak kan. hahahaha…..
p/s : Mamil Gold je? Mamil silver takdak ke?
@Cik Norfa,
tunggu la kawen dulu……banyak citer lak… tak pun ko belikan jer susu ni tuk anak buah ko yg bakal menjelma nanti…..hahaha
hee susu nih bagus untuk anak2 ada 5x dha kan ….wow!…
blog bee dah buleh bukak..adoi penin terus hilang mood nih..
@puanbee,
sumer susu pun bagus bezanya hanya kandungan sahaja….
eh..dhaboleh bukak..?? alhamdulilah……
@Sumijelly, oh ini sponsor tu yer…bee ingat ini tuk fb seeding tu 🙂
weih, susu ni bagus tak untuk anak sembelit?
@miss geli,
sesuai rasanya..apa kata try sample susu dari laman web dia..
Menarik gak. So far anak ada masalah tak guna mamil? Sesetengah susu ada baby tak serasi. Ada yang kata sesetengah susu panaslah dan sebagainya…Wah untunglah..ko dapat sponser dari Mamil..kang ceritalah pengalaman ek..mana tahu kut2 aku nak buat baby..haha..boleh try mamil
@JAI,
tu la.. apa2 pun kene cuba dahulu.. kalu tak serasi boleh beralih ke susu yang lain.
thanks yek jejai……kim salam kat fasha sendat yek…..
waaaaaaah sesuai lah untuk anak buah ynn . dia xdapat susu ibu sebab dia tamo sendiri. tyme tu risau sgt kalau anything happen after this but bila baca entry kak sumi , ynn pasti anak buah ynn boleh mem-protect diri dia walaupun tak dapat susu ibu 🙁
ehhhh ynn skrg pn minum susu okeee. nak sihat kan tulang ;p
@Liyana Lunia,
la..ye ker.. tak per.. kalu tak dpt minum susu ibu, leh guna susu tepung menggantikan susu ibu.. ia tetap juga berkhasiat….
ko memang kene minum susu gak..tuk tulang yang bakal reput tak lama lagi….hahaha…
saya baru belaja minum susu bila dah besar agaknya sebab masa kecik tak di beri susu oleh maid yang jaga saya,tp saya tetap menten membesar.hahahaah!
sekarang nih banyak sgt iklan susu,,pilihlah yang terbaik untuk anak anda,juga anak sy yang bakal ada,ntttt hahahaaha
okbye!*takpahamapaakumengarutne
@cikhel,
erkk… bila nak kawen.asyik sebut anak jer?? hahaha
setujulah cik sumi..susu memang penting untuk kesihatan. alhamdulillah saya mampu bfeed dua-dua anak sampai setahun lebih..belum penah cuba susu mamil ni..kot nanti boleh cuba untuk anak pompuan saya ni..
@missbby,
haaa… betul2 tu.. dah rezeki anak minum susu badan sehingga itu..jadi kita sambung dgn minum susu tepugn pula..
tapi kalu kita cari yg terbaik untuk anak apa salahnya kan?
Ramai ibu-ibu menggunakan susu formula sekarang, kekadang susah nak cari yang terbaik sebab banyak sangat jenis kan
@sharinginfoz,
kene pandai mencari yang terbaik dr yang terbaik demi untuk yang terbaik…..
hahaha..baper banyak terbaik la………
Mami gold ni dapat good reviews jugak la. Comel 3 anak teruna kak sumi! Another one coming along hehe
@Afra Yuri,
hehe….tgk la sapa ibunya yang comel…..
yg akan dtg pun mesti lagi comel….hahaha
Anak aku bleh minum susu soya aje Sumi..Lactose Intolerance..huhu..
@Nia,
ooo……. ye ker?? mcm anak buah aku gak..susu soya jer leh telan..kalu susu lain habis badan beruam….
comel gilos rumah kecik tu.
@lily lotus,
memang comel ….kalu tgk TVC dia lagi comel….hehehe
anak kakyong tak suka susu putih… huhuu
beli susu perasa coklat pun depa tak mau…
now minum milo.. 🙂
@kakyong,
ohw… sumi alhamdulilah..coklat dan biasa pun boleh minum…
tp kalu dapat milo lagi laju la derang….hehehe
sumi…
dah post yang ni?? mmg bagus mamil gold!!
jangan lupa komen kat Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung Bayi
@kid,
hehehe………..thanks shakiddo…..
anak sy minum anmum
dan dutchlady
@esempoi,
ohw ye ker?? mungkin mereka serasi susu tu kot…
cmel analogy tu…hehe
@Cik Taman,
memang comel tau…….hehehe
Akak start dari anak sulung sampai ke muaz ni mmg susu ni jer akak pilih. Sbb budak2 ni serasi dan x cirit dan tak kembung perut. Dia orang minum Dugro tu la. Kan dah ada perisa madu dan coklat sekarang. Lagi pun Dumex Dugro ni ada pek ekonomi jadik bila agak2 duit susut tu boleh beli lagi.
@madam casper,
wah… memang pengguna setia DUMEX ye akk ni..hehehe