Bertemu Penulis Norhayati Berahim @ Pesta Buku

Pernah dengar nama Norhayati Berahim??

Penulis novel yang terkenal tu…. sapa rajin baca novel dia mesti tahu novel dia memang menyentuh perasaan kan??

Aku dah lama tinggalkan novel2 ni sejak berumahtangga… dulu kaki novel.. tapi sekarang nakbaca surat khabar pun tak der masa..hahaha

So, dia ada di booth gerai NBKARA, dapat la bertemu empat mata dengannya….sambil dapat tandatangan dari nya…

Kawan opis aku yang beli buku tu…

Buku terbarunya Sejam RM2.50. Tu tajuk buku tau.. kang korang ingat baca buku sejam RM2.50 lak..hahaha

Eh…aku haruslah bergambar kan? Walaupun tak membeli, tapi sekurang2 nya dapat gak mengenali penulis buku yang aku minati…

Dia juga memiliki laman blog gak….. kalu rajin jangan lupa jenguk blog dia..

Di bawah ni ada la serba sikit biodata mengenai Norhayati Ibrahim yang aku ambil dari NBKARA Laman web

NORHAYATI BERAHIM dilahirkan pada 26hb Mac 1966 dalam keluarga yang cukup sederhana di Bukit Katil, Melaka. Mempunyai lapan adik-beradik dari dua ibu yang berlainan. Hubungan adik-beradiknya amat akrab. Terlalu banyak pengalaman yang dikutip sewaktu kecil. Ketika berusia tujuh tahun beliau sudah berjalan kaki pergi balik sejauh lima batu menoreh getah. Namun, kesusahan mengajarnya lebih berdikari.

Seorang yang amat gemar belajar. Belajar bukanlah sesuatu yang merugikan. Itu prinsipnya. Belajar baginya bukan sahaja di kolej atau di universiti tetapi juga di jalan, di dalam bas malah di mana-mana sahaja di muka bumi ini. Pepatah ada berkata, dunia ini bagaikan sebuah buku; sesiapa yang tidak mengembara ibarat hanya membaca sehelai muka surat sahaja. Sebab itulah beliau minat mengembara bagi menambah lagi pengalaman, melalui perjalanan, merasai kelainan makanan, kelainan cuaca dan paling penting kelainan kebudayaan dan kepercayaan.

Sudah terlalu banyak pengalamannya bekerja. Di kilang, di syarikat swasta, di badan kerajaan dan juga di bidang perbankan. Bekerja di bidang perbankan menjadikannya terasing dari dunia penulisan. Material menjadi pokok persoalan setiap hari di tempat kerja. Untuk mengimbanginya beliau perlu mencari jalan keluar. Membaca, memerhati dan menghayati. Maka beliau luahkan melalui penulisan.

Menulis hanya untuk kepuasan; itu yang dipegangnya. Syukur kerana beliau percaya rezeki ada di mana-mana. Mesej yang tersirat dapat disampaikan pada pembaca. Tak banyak sedikit jadilah.

Korang dulu mesti rajin baca novel kan?? mesti ada yang baca tebal2 buku citer… sambil tangkap2 feeling kan??kan??

Seronokkan baca novel, walaupun dalam tu kebanyakkan macam tak logik, tapi sanggup jugak habiskan buku yang setebal beratus-ratus muka surat tu tuk tamatkan novel dan tahu kesudahan novel tu…………..

Nota kaki : Rindu pula nak baca novel…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

Leave a Reply