Festival Boria 1Malaysia

festival boria 1 malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera dari Tourism Malaysia Pulau Pinang!

Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

FESTIVAL BORIA 1MALAYSIA merupakan program usahasama di antara Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang akan diadakan seperti berikut :

Acara : FESTIVAL BORIA 1MALAYSIA
Tarikh : 27 April hingga 1 Mei 2011
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 malam
Tempat :  Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Sempena FESTIVAL BORIA 1MALAYSIA, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Tourism Malaysia Pulau Pinang dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang akan menganjurkan acara catatan ’MALAYSIA BOOK OF RECORDS’ untuk bilangan sailor teramai dalam satu persembahan boria pada 30 April 2011 (Sabtu) jam 9.00 malam di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Jumlah catatan rekod yang disasarkan adalah seramai 2,500 orang peserta.

Diharapkan FESTIVAL BORIA 1MALAYSIA ini akan mencapai matlamat untuk tersenarai di dalam ’MALAYSIA BOOK OF RECORDS’ untuk bilangan sailor teramai dalam satu persembahan boria.

Dengan itu, Tourism Malaysia Pulau Pinang berbesar hati menjemput seluruh warga  Malaysia untuk datang beramai bagi menjayakan festival ini.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang FESTIVAL BORIA 1MALAYSIA , Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, bolehlah menghubungi Zuraidah / Mohd Isma / Nawiyah ditalian 04-2610058 /04-2634941.

Sila klik untuk muat turun borang penyertaan

Sila klik untuk syarat penyertaan

Sila klik untuk maklumat lanjut

Sekian, terima kasih.

Nota kaki : Cuti tak tahu kemana?? g jer Penang…..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply