Karnival Harumanis Negeri Perlis 2011

Y.Bhg. Dato’/ Datin/Tuan/ Puan,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera daripada Tourism Malaysia Negeri Perlis!

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Pertanian, Agrobank dan MARDI Negeri Perlis, akan menganjurkan

Acara : “Karnival Harumanis Negeri Perlis 2011”
Tarikh : 4 hingga 6 Mei 2011
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Jalan Homeguard, Kangar, Perlis.

Masuk adalah percuma

Penganjuran ini adalah untuk mempromosi dan mengetengahkan produk – produk pertanian yang terdapat di Negeri Perlis disamping meningkatkan kedatangan pelancong dan menambahkan kadar purata penginapan di Negeri Perlis amnya.

Acara yang akan berlangsung selama  tiga ( 3 ) hari bermula dari 4 – 6 Mei 2011 ini menyajikan pelbagai aktiviti seperti:-

  1. Jualan buah harumanis oleh Jabatan Pertanian
  2. Jualan Pulut Harumanis
  3. Jualan Benih Harumanis daripada MARDI Bukit Tangga
  4. Pameran Jabatan di bawah Kementerian Pertanian
  5. Pameran Teknologi Mempelam oleh MARDI
  6. Kaunter Khidmat Nasihat Kewangan oleh TEKUN & AGROBANK
  7. Peraduan Mewarna Buah Harumanis – Kanak-kanak tadika
  8. Jualan hasil Industri Asas Tani oleh Usahawan Pertanian
  9. Kaunter Pendaftaran Mengundi

Diharapkan program “ Karnival Harumanis Negeri Perlis  2011” ini  mencapai matlamat sekaligus membantu industri pelancongan di Negeri Perlis  khususnya dan Malaysia amnya.

Justeru,  Tourism Malaysia Perlis amat berbesar hati menjemput semua warga Malaysia serta membantu mewar-warkan kepada semua pelancong untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan program yang akan berlangsung.

Sebarang pertanyaan atau makluman berkenaan program ini, sila hubungi pegawai pelancongan di Pejabat Tourism Malaysia Perlis atau pegawai Jabatan Pertanian seperti di alamat berikut:-

Jabatan Pertanian Negeri Perlis
Kompleks Pertanian Bukit Temiang
KM 11, Jalan Kaki Bukit
02400 Beseri, Perlis

Tel       :           04 938 4466
Faks     :           04 938 2929

Sekian, harap maklum.

Nota kaki : okey..jom kita g Perlis reramai……..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

  1. mohd jesri says:

    memang best….jenuh jugalah nak jawab dekat pelanggan….promosi harumanis tak sangga…pembeli berduyun kat kaunter jualan harumanis…tak sampai 2 jam kaunter dah tutup sebab terputuih bekalan….tain depan kena perbanyak lagi bekalan harumanis dan lain lain jenis mangga dan jadikan “karnival mangga ” sebagai tajuk besar.

  2. Juadah says:

    Salam cik.

    Sya sedang mengidam mempelam harumanis. Boleh tahu, utk tahun 2012, bila agaknya buah ini boleh di beli dan di mana lokasinya. TQ

Leave a Reply to mohd jesri Cancel reply