Selamat Hari Guru 2011

selamat hari guru

Guru (dari bahasa Sanskrit ????) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

Dari segi agama pula misalnya agama Hindu dan Sikh, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada para pendita yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian.

Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun. Tetapi di Malaysia, Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei sebagai penghargaan kepada para guru.

Tema untuk hari guru pada tahun 2011 ialah :

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Jadi di kesempatna ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di dunia ini tak kira dimana jua, kerana telah mebimbing aku, anak-anak ku dan generasi yang akan datang.

Kepada rakan-rakan aku gak yang kin bergelar guru, didikla anak bangsa kita seperti mana guru kita pernah mendidik kita semasa sekolah dahulu.

Terima kasih kerana menjadi guru kerana tanpa GURU mungkin tak berilmu diriku ini….

Lagu Tema Hari Guru 2011:
LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

SELAMAT HARI GURU 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments

  1. ayen says:

    selamat hari guru kepada guru2 warga sabah bah! jaga kesihatan jangan terlalu letih..saya masih disini menanti curaan kasih sayang mu.Guru-ku yang cute…..bye…semoga panjang umur.. kalau ada jarum yang patah jangan simpan didalam laci kalau kami ada silap dan salah tolongla maafkan kami….

Leave a Reply to ayen Cancel reply