Okey……… ni nak citer pasal MFC yang bakal di buka kat Bangi tu…. eh..kan hari tu aku dah buat entry pasal nak buka… masa tu asal aku lalu jer masih renovation lagi….
So, kali ni dia dah bukaaaaaaa………….. yehaaaaaa………..
Jom…jom kita tengok persekitaran dan dalam MFC ni… lawa ker ? Macam KFC ker ? Macam Pizza Hut ker?? hehehe
Tu dia…. dah buka kan… so banner pun dah tulis DIBUKA la….
Tengok…..punya la penuh parking kat depan tu….sampai aku nak parking pun tak dapat… jadi sesuka hati map bapak aku jer g parking kat tempat motor…muahahaha
Aisey….goyang pulak gambar…. mengigil apa aku ni..hahaha
Tengok… siap ada meja makan kat depan gitu.. open air ko… elokla.. sapa-sapa nak merokok sila makan kat luar.. jangan nak penuhkan asap kat dalam…aku cukup tak suka yek!
Kat koridor dia siap bentang rumpur karpet ko…. hehehe…
Aisey…….nak masuk jer terpandang memo ni..
HARAP MAAF
OUT OF PIZZA SERVICES
Baru jer nak rasa pizza dia… boleh la pulak ‘out of services’. Sempat gak aku tanya kat staf dia, kenapa pizza tak ada?
Oven terbakar kak, awal-awal opening hari tu.. tu yang tak dapat buat pizza…
Alahai……. tak merasa la makan pizza, my IR kata tak per, kita rasa apa yang ada dulu….
Ya allah…….. panjang nya barisannnnnnnn………………. ada 3 kaunter dibuka, tiga-tiga pun panjang…
Tak per….tak per, kita beratur gak… sebab nak merasa sangat kan MFC ni macam mana……
Tengok menunya macam best jer….
Harga pun aku tengok boleh tahan gak… standard harga la.. takmahal dan tak murah… sebaba ada menu tuk seorang @ keluarga….
Ni ruang makan di tingkat bawah…….
ni sebelah kanan aku.. sebelah kiri aku tak snap, terlupa lak.. tapi sebelah kira kecik sikit la ruang nya…
tapi okey la tempat duduk macma ni… selesa… cuma ni macam sesuai tuk meja keluarga.. habis tu yang couple2 nak duk mana??hehehe
Okey……. tempat ambik sos…
sekarang dah jenis main picit-picit dah… tapi tu pun ROSAK ko…
Ganas tul yang guna yek.. tak sampai pun seminggu banyak tul benda rosak…..
Ni ruang makan di tingkat atas…..
Gambar pertama belah kiri, gambar ke dua belah kanan….
Staff pun sentiasa ada…mungkin supaya senang nak kemas2 meja yang telah digunakan dengan cepat kot…jangna masa pembukaan jer.. sok2 dah tak ada yang mengemas nya pula nanti…
Apa la gunanya ada restoran besar dan cantik tapi tak ada tempat mainan kan??
ha… anak aku yang ini la dia kejar dulu…… kan ingat nak makan, tapi ingat nak main jer…
Tapi elok pun, sementara ibu bapa g membeli makanan, anak-anak boleh la mengumbirakan hati di sini.. ialah… pas dah main penat-penat sure derang lapar… jadi habis la makanan tu kan nanti..hehehe
Ok…dah habis kita meronda kedai makanan nya….
Eh mana makanan nya sumi oit??
Makanan?? hehehehe
Aku tak beli pun makana nya…
Gila ko.. nak tunggu ayam pun ambik masa 1/2 jam… Orang yang dah beli dan menunggu ayam pun tak dapat lagi, ini nak masuk aku yang belum order. Kul baper aku nak makan wei?? dah kul 1.00 ptg dah… lapar gila la aku..
Silap hari bulan kul 3.00 petang pun lom tentu aku dapat makan… jadi aku tak jadi la order aku kuar dan terus pecut kete g makan KFC..hehehe
oh ya ni aku nak kogsi pengalaman orang yang dah pernah pergi ke MFC..
Salam perkenalan.Baru je pegi MFC Bangi.tp waktu menunggu nye sgt lama. Nk order setengah jam.nak dapat makanan setengah jam.bukan fastfood tapi jd slowfood – nornilia
baru je pergi makan tadi kat mfc bangi. servis sangat mengecewakan. sejam tunggu nk dapat makanan, padahal orang bukan ramai sangat pun. then, macam2 benda yang rosak. nak order piza, dia cakap mesin rosak. mesin air pon rosak, smpaikan tmpat tekan2 sos pon rosak. papepon makanan dia ada kelainan la berbanding kfc and mcd. – nie
sumer komen tu di petik dari entry yang lepas….
Jadi… aku pula dah pergi mengalaminya, baru beratur pun dah menunggu lama, ini kan pula nak beli.. jadi aku lupakan sementara MFC ni… nanti g selepas sebulan la pula.. tengok, ada tak perubahan.
Dan harap2 x ada lagi oven pizza terbakar…hehehe
So pada yang nak pergi ke MFC Bangi, terletak depan Keep Slim Bangi, berhampiran Tasik Cempaka iaitu di Seri Bangi, Bandar Baru Bangi.
Nota kaki : Ada sesiapa pernah pergi MFC Bangi?? hehehe
baru bukak tu pasal ramai bebeno ye kak, best jugak dpt rasa lain dari yang lain, kat ipoh ni takde, harap dipertingkatkan servis kan 🙂
@ieda al-habsyi,
tu la.. tpai belum sempat rasa lagi makanan nya… jadi tak tahu sedap ker tidak.. hik3..
mungkin kat ipoh ada restauran yang tak ada di KL.. cer cari..huhuhu
adesss…. baru je aku nak buat review kat situ….. takpe la kita kasi peluang kat diorang dulu……huhuhu
@hazman aka species1980,
hehehe….. aku review tempat jer.. lopm review makanan dia lagi, sbb tak sempat merasa..hahaha
ha.. ko dh g yek?? cepat la review wei!
last weekend dah g try sini…ok gak lah tp masih banyak yg perlu diperbaiki tp kira oklah sbb baru operasi kan tp ritu sempat try ayam n burger je pizza blom try lagi….mashed potato dia sedap…:)
@masviona,
oh.. akak dh g yek?? sumi tak sempat nak merasa lagi makanan dia.. sbb Q panjang sangat la….
eee.nanti..nanti.. nak rasa.. waa….. harap2 next visit dpt la merasa…huhuhu
aiyakkk 1st impression dah gitu. harap2 akan ada perkembangan positif dalam masa terdekatkan…
@lily lotus,
tu la pasal.. tak smapai pun 1 minggu dr hari pembukaan… memacam komplen dh dengar…
tak per, kita kasi chance 1 bulan… nanti pas sebulan kita g terjah lagi.. ok ker tidak servicenya..huhuhu
cukup lengkap ngan review, bagus ni
@sharinginfoz,
hahaha…..review tempat jer wei…
aku tak sempat nak review makanan dia lagi…hehehe
Pertama kali pegi MFC dgn anak2, rasa teruja nak cuba. Tapi servis sangat hampeh. Nak order pun lambat, padahal tak ramai org masa tu. Menu tak brp menarik, patutnya setiap hidangan ada default mash potato dan coleslaw, ni kena beli asing.
Saya tunggu roti sampai habis makan pun tak sampai2 lagi. Sblm balik, gi kaunter nak amik roti, dekat 10 minit takde org layan, dah macam pengemis saya dibuatnya. Nasib baik roti dia sedap.
Rasa ayam tak berapa sedap. Nugget macam yg jual segera je.
Staf tak mesra. Jumpa kita tak senyum pun. Saya tak rekemen pada org lain utk ke MFC. Saya kecewa dengan servisnya. Saya tak akan pegi lagi ke MFC. Serius cakap, lebih baik ke KFC.
@Dalisa,
wah…banyak nya feedback…
tak per.. kedai pun baru buka… muingkin mereka dalam sesi penyesuaian masa dn tempat kot…
mungkins selepas 2-3 bulan ok kot…