Acara Scan 4D yang lalu…..

Hehehe…sory yek… lupa pulak nak citer hari tu g buat 4D scan kat Klinik Mediviron, Bandar Tasik Permaisuri.

Di sebabkan company aku punya PANEL, jadi baik la aku g sana kan dari kuar duit nak buat scan yang entah berapa ratus hengget…hehehehe **save budget**

4d scan

Sebelum g sana kene buat temujanjji dulu. Sebab nak kena tengok ‘available’ ker tidak orang yang nak meng’scan’ aku tu..hik3

So, bila dah confrim baru leh g… sampai sana terus masuk bilik scan…hehehe…

Amoi lawa yang scan aku… aisey, lupa pula nak snap gambar dia… tak perla, nampak tepi tu jadi lah…hehehe

4d scan

Ni ‘TV’ depan aku la…sebab aku kan baring so tak yah la nak toleh ke kanan nak tengok kat screen tu

Bila dah sedia depan aku senang sikit nak tengok….

Korang hengat aku tau bac aker?? hahaha… tengok jerla dan dengar penjelasan dari pakar jerla…hehehe

4 d scan

Ewah, my Ir suka nau ko…. tengok, tersengih2 bila PAKAR tu ngah menerangkan setiap gambar…

Si Danial jerla yang paham, Iskandar ngan Zulfadhli dah ilang entah kemana…. suka suki jer kuar masuk klinik… macam klinik tu ayah dia yang punya jer dia buat..hahaha

4d scan

Ok…….dah selesai scan…..hahahaha

Tu raut wajah apakah itu?? gembira?? suka?? tergamam? terkedu?? hahahaha. Korang analisis sendiri la…hahaha

4D scan

4d scan

Ni gambar yang aku rasa nampak jelas la sikit untuk di publish… yang lain tu tak berapa jelas la…

Memang aktif tul baby dalam perut ni.. orang nak scan dia, leh pulak lari2…hahaha

Gambar yang nombor dua tu tak tahan aku bila Danial cakap

“Ibu, ngaper baby tu nanges??”

Adoi… dia kan nanges la.. tu ngah tutup muka sebab malu..hahahaha

4d scan

4d scan

Yang lagi 2 carta ni aku tak reti nak explain la….

Kalu korang pakar dalam bend ani, korang jerla explain..hehehe

Aku pun tak reti baca…..hehehe

Jantina apa sumi oit??

Ha…….. yang ni aku pun tak berapa jelas lagi…….. nanti la wei…… akan aku khabarkan kalu lelaki atau perempuan. Ingat nak scan lagi sekali la… hehehe

Sapa yang berminat nak g scan kat situ g la…. ni alamatnya :

Klinik Mediviron Sri Permaisuri
27, Jalan Permaisuri 8, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, KL
Tel: 03-91724930
Fax: 03-91724930

Consultation hours: 8.30am-11.30pm daily including Sunday & Public Holidays

Doctor : Dr Roseitah Adam

Hari tu ada gak tanya berapa harga kos untuk scan 4D. Misi tu cakap RM180.00. So sebelum nak g sana, sila buat appointment dulu yek.. takut ramai orang jer nak scan..hehehe

Nota kaki : Tak puas hati bila doktor cakap tak berapa jelas pasal jantina..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments

  1. aton says:

    tak suka klinik mediviron putrajaya esp klu ada doc india tua laki tu. gila jahat n very rude dng patient. sumpah tak gi situ lagi dah

  2. someone says:

    This is a good clinic, If u want to test your patient, this is good place, u will find out yourself facing unreasonable boss 🙂

Leave a Reply