Proton ditubuhkan pada tahun 1983, PROTON adalah pengeluar kereta terbesar Malaysia dan satu-satunya pengeluar kereta OEM sepenuhnya di Asia Tenggara.
Dengan operasi di pasaran-pasaran utama, dari UK ke Timur Tengah, dan di serata Asia Tenggara dan Australasia, khususnya di negara-negara seperti China dan Iran, PROTON mengeluarkan kereta yang memenuhi rangkaian permintaan dan pilihan pelanggan.
Langkah pertama PROTON sebagai pendorong utama pembangunan negara telah menyaksikan jenama tersebut memacu kelok pembelajarannya menerusi pemindahan teknologi dengan rakan-rakan kongsi strategik dan usaha sama teknikal.
Dengan memberi perhatian kepada keperluan pelanggan, kereta-kereta PROTON kini berada di landasan yang betul untuk mencapai misi masa hadapan, di mana PROTON muncul sebagai jenama yang mengeluarkan kereta dengan semangat dan jiwa; kereta yang bukan hanya cemerlang dalam pemanduan, malah terbaik untuk dimiliki.
Proton Persona bukanlah sebuah model kereta yang sempurna tetapi dengan ruang dalaman yang ditawarkan dan kemasan dibahagian dalaman yang lebih menarik daripada Gen2, inilah produk yang mencapai standard seperti yang diharap-harapkan walaupun kualitinya masih belum setanding dengan kereta keluaran syarikat Jepun.
Namun dengan harga yang berpatutan, Proton Persona boleh dikatakan sebuah kereta yang berkualiti dan memenuhi ciri-ciri sebuah kereta sedan yang menjadi keperluan sesebuah keluarga mahupun seseorang individu.
PERSONA ELEGANCE 1.6 | Base-Line | Medium-Line | High-Line |
PRICES (OTR) | RM46,499 (MT) RM49,499 (AT) |
RM52,999 (MT) RM55,999 (AT) |
RM59,499 (AT) |
Downpayment (10%) | RM4,699 (MT) RM4,999 (AT) |
RM5,399 (MT) RM5,699 (AT) |
RM5,999 (AT) |
5 years – 3.65% | RM823 (MT) RM877 (AT) |
RM938 (MT) RM991 (AT) |
RM1,054 (AT) |
7 years – 3.90% | RM633 (MT) RM674 (AT) |
RM721 (MT) RM762 (AT) |
RM810 (AT) |
9 years – 4.00% | RM526 (MT) RM560 (AT) |
RM599 (MT) RM633 (AT) |
RM673 (AT) |
Dan pada Mac 2010 yang lepas, Proton Persona Elegance dilancarkan oleh Proton. Proton Persona Elegance hanyalah sebuah model facelift daripada Proton Persona tetapi inilah model Persona yang paling menawan. Dengan kemasan di bahagian dalaman dan luaran dipertingkatkan, Proton Persona Elegance menjadi pilihan yang menarik berbanding model lain keluaran Proton.
Dengan memiliki 5 kaler yang menawan iaitu :
- Genetic Silver
- Tranquility Black
- Bronze Garnet (New Colour)
- Chiffon Green (New Colour)
- Brilliant Red(Only available for model High Line)
Kerana itu, Proton Pesona menjadi pilihan DJ Lin selaku Duta Proton Pesona untuk melalui hari-harinya sebagai seorang yang berkerjaya serta ibu tunggal!
Bangkitkan keyakinan anda bersama saya!
Buntu kerana sukar menyeimbangi waktu kerja, bersantai dan bersama anak-anak? Jangan risau, anda boleh lakukannya walaupun masa terhad. Bangkitkan keyakinan anda dan singkaplah rahsia menjadi super-mummy macam saya! – DJ Lin Duta Proton Pesona
Ini adalah DJ Lin ibu tunggal kepada dua orang anak, merupakan simbol kekentalan semangat seorang wanita yang melalui pengalaman getir namun berjaya mengatasi segala rintangan untuk muncul sebagai seorang wanita dan ibu berkerjaya yang berjaya.
Menjadi Duta kepada Proton Pesona memberikan cabaran kepada beliau. Semasa kempen tersebut, DJ Lin akan mengunjungi kediaman ibu-ibu tunggal, berkongsi pengalaman sambil meningkatkan semangat kepada mereka untuk terus melangkah ke hadapan dalam hidup dan jangan sesekali menyerah kalah. Beliau juga akan memilih tiga orang ibu tunggal dan menjadi mentor peribadi kepada mereka sepanjang tempoh kempen berkenaan.
Di samping itu, DJ Lin akan menghoskan sebuah bengkel ‘empowerment’ selama 1 hari yang dibuka kepada semua ibu tunggal, untuk membimbing mereka tentang kemahiran hidup dan mempersiapkan diri bagi mengharungi cabaran dalam kehidupan di hari muka.
Untuk keterangan lanjut mengenaiKereta Proton Persona, sila lawati laman web di www.protonpersona.com.my.
Waaa..camno ko buleh dapat?? Adooiii yaiii
@JAI,
la.. macam tu la den dapek…….muahahaha
waaa
@ciku,
erkk…tu nanges ker ternganga?? hik3
@Sumijelly, waaaa..teruja…heehe
@ciku,
ooowh…..hik3
Memang rezeki ko la kan….. KACHING !!! KACHING !!!
@hazman aka species1980,
alhamdulilah…..rezeki……
waaa…jeles !!
@puanbee,
errkkkk….. tetipa mcm tak ter komen lak..hikhikhik
Blogwalking…aku dah penah bawak kete ni..sangat best..puas hati ..yang aku puas hati ekon dia kuatttt
@Kaki Wayang,
best yek…ishk tak pernah merasa naik persona…hehehe
memang bagus persona ni cuma kena improve sikit dan selesaikan masalah2 pengguna, maklumlah kalau dah jual banyak tu ada problem le sikit2
@sharinginfoz,
yup… mungkin kene perbaiki mana yg patut di baiki…