Backyard Party with Jiran Tetangga

Yeaah………. party backyard….. hahahaa………

Kami buat party, tapi duk kat laman belakang jer…. bukan terbuka, kira tertutup jer… sebab hanya jiran tetangga jer yang joint…

Tahun lepas dah pernah buat, kira tahun ni, giliran rumah jiran yang bernama Fiza pula… turn aku?? hahaha…… entah la bila. Tunggu pas aku stabil menghadle anak-anak la yek..

Acara ni dah berlaku 2 minggu yang lepas… baru berkesempatan nak update..hik3

Macam biasa, bakar-bakar adalah kerja kaum bapa. Kaum ibu hanya menyediakan makanan dan minuman untuk keluarga…

makan

makan

Tu dia aksi bapa-bapa membakar makanan………….

Ayam, kambing, hot dog… tu jer.. sebab elakkan pembaziran. Bakar untuk dimakan sahaja…… So my Ir datang hanya time makan… maklum la baru balik dari johor terus jer ke belakang rumah tolong menyibuk..hik3

makan

Ini pula menu yang kaum ibu sediakan…

Ada Nasi lemak, nugget, kentang goreng, spagetthi, salad, air cincau, air coke, air putih…hehehe….

Kali ni pun kami tak buat banyak makanan, sebab seperti tahun lalu, terlalu banyak pembaziran. Kali ni kami cuba untuk menyediakan secukupnya. Kira tak derla berlebih-lebih…

makan

makan

So..bila acara makan dah bermula. Sibuk la sumer pakat ambik makan dan dan duduk berborak…

Aku macam biasala, tolong snapkan gambar..hik3… kata blogger, kene la bawa camera…

makan

Anak-anak pula di biarkan di dalam rumah. Habis rumah orang budak-budak g sepahkan. Masing-masing ada ‘pembantu’ jadi mereka la yang jaga anak-anak dalam rumah.

Ishk.. kanak-kanak, klau dah main makan pun tak nak. Sampai la aku bawa masuk ke dalam nugget dan kentang goreng baru la berusik makanan tu. Kalu tak terbiar jerla…hehehe

makan

So, sebelum acara tamat, kaum ibu mengambil kesempatan bergambar bersama. Ialah masa ni jerla dapat berjumpa, berborak, bergossip dan bercerita macam-macam termasuk hal keluarga, pejabat dan sekeliling.

Maklum la.. masing-masing tengah sibuk dengan keluarga dan kebanyakkan jiran-jiran aku sumer sedang mengandung. Kiranya berturut-turut la bakal menerima anak selepas aku bersalin..hik3…

Jadi… untuk berkumpul lagi sekali mungkin tahun depan akan di adakan lagi. Tapi kami sepakat akan menjadikan tiap-tiap tahun sebagai hari bertemu jiran tetangga. Selain bergossip di FB..hik3

Bestkan bila dapat jiran yang sekepala yang sudi buat makan-makan macam nie?? Bagaimana ngan jiran sekeliling korang?? Ada tak serapat macam ni?

Nota kaki : Seronok bila dapat berkumpul macam ni walaupun penat nak adakan perjumpaan begini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments

  1. zaila says:

    huhuhu..baiknya jiran2 akak..semua melayu ke kat situ?? area rumah saya kebanyakan cina & india, we r 1 Malaysia tp xpernah jumpa bertegur sapa..huhuhu masing2 keluar keje pepagi buta balik malam, weekend pon bukan boleh jumpa pon..susahnya duduk kejiranan macam ni

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply