Ingat tak lagi hari tu aku bagi tahu TV Alhijrah bakal berada di Lembah Klang kan? Eh..tak sangka la pulak sekarang dah boleh tonton di Astro pula
Bermula 1 Jun 2011, stesen TV berkonsepkan Islam, TV AlHijrah akan bersiaran di Astro saluran 114, demikian diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata tujuan kemasukan stesen TV berkenaan ke dalam Astro adalah bagi memberi peluang kepada lebih ramai penonton di negara ini untuk menikmati siaran stesen TV berkenaan.
“Siaran TV AlHijrah (sebelum ini) begitu terhad. Kita menerima permintaan begitu banyak daripada masyarakat supaya mereka dapat menonton TV AlHijrah. Jadi ini kita lakukan (memasukkan siaran TV AlHijrah ke dalam Astro),” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam.
Wah..sekarang dah boleh tengok TV Al-Hijrah kat Astro.. tak perlu la sibuk-sibuk nak cari siaran menggunakan arial…
Tapi, sejak 1 June aku tak berkesempatan nak tengok TV Al-Hijrah ni... balik umah jer dah dekat pukul 7.00 malam… mandi, makan dan settlekan anak-anak, alih-alih dah kul 8.00 malam
Kul 9.30 malam mata dah kuyu, tidur dan esok pagi dah keluar rumah. Hari sabtu ahad pula, anak-anak banyak layan kartun dan aku pula sesekali dapat la tgk CSI…
Jadi bila masa nak tengok.. dan aku tengok rancangan dia pun masih belum ada yang menarik perhatian aku untuk menonton..hik3
Jadi korang, ada ker dah tengok TV-Alhijrah?? amacam?? memang islamik kah??huhuhu
Nota kaki : Kekadang nak tengok TV pun tak sempat, sebab leka buat kerja rumah….
belum ada kesempatan spt sumi juga
@klcitizen,
tula…banyak sgt channel nak tgk… kekadang tak sedar tentang kewujudan TV Alhijrah ni…hik3
cari sialan TV Hijrah pun belum.
@Ali ridha,
skrg kan dh ada kat Astro.. tak yah guna arial dah..hik3
ciku mmg tgk channel ni masa 2jun ..tgk citer kitab cinta…lakonan fazura dan hardy ..berkisarkan acheh..for me “bestt”
Kitab Cinta tv alhijrah
@ciku,
tak sempat lagi nak tgk citer tu…
tp ada baca review pasal citer tu kat paper.. mcm best jer…hik3
belum ada kelapangan gak nk tgk…
@honeyamour,
tu ar… entah bila la tgk….huhuhu
memang islamik sungguh..aku pun baru 2-3 kali tengok..pengisian dia boleh tambah baik lagi kot mcm tv9.
@eliss,
emm..TV9 pun tak tertengok.. nk tgk TV Al hijrah… memang x der masa la…
Assalamu’alaikum w.w.,
Kita sungguh gembira dengan lahirnya TV-Alhijrah, semoga bertambah baik acaranya dan membawa munafaat kepada semua pihak.
Hanya di harapkan supaya JURU ACARA UNTUK PERUBAHAN yang terdiri dari seorang lelaki dan seorang wanita, jika boleh dirubah terdiri dari perempuan sahaja/ atau lelaki sahaja, ini perlu untuk menjaga nama baik ALHIJRAH juga. Kelihatannya kurang elok lelaki dan perempuan dua-duan, berpandang-pandangan, bercakap-cakap setelah itu salah seorang menyampaikan pengemuman pertukaran acaranya.
Terimakasih atas perhatian.
@Syed Hasan Alatas,
terima kasih juga kerana meninggalkan komen.