Check up Ibu mengandung @ 32 minggu

check up

Semalam aku g check up untuk 32 minggu kehamilan… dan macam biasa, kene la timbang berat badan kan. So kali ni berat aku naik 67.1 kg..

2 minggu lepas naik 65.4kg bermakna dalam 1.7kg la berat aku naik…huhuhuhu

Mau tak naik…… asyik makan, makan, makan… adakah itu berat aku yang naik atau berat baby dalam perut yang sedang membesar?? hik3…

pregnant

Ada nampak bessar ker perut aku nie???

Aku tak nampak la.. sebab aku rasa macam kecik jer perut…kawan-kawan aku yang selalu jumpa aku jer leh bagi jawapan…hehehe..

Tapi perut dah mula tegang-tegang.. ada kala mengeras dan baby dalam perut memang sangat AKTIF…. ala.. bukan kat dalam perut jer.. yang kat luar pun AKTIF gak… tu sapa lagi klau bukan 3 hero aku tu…

Oh ya.. JANTINA?? hehehe……. apa kata kita tunggu jerla dia kuar.. kot dapat perempuan ker, dapat lelaki ker… itu adalah rezeki Allah swt nak bagi kat aku.. aku terima jer…

so.. sekarang ni ada lebih kurang dalam 8 minggu untuk bersalin.. tapi memandangkan aku akan DIBEDAH kerana dah 2 kali bedah.. jadi koran g kira jerla lagi 4 minggu yek!

Kiranya ujung bulan JULY la aku bersalin… tarikh lom pasti bila.. sebab lom jumpa lagi doktor Pakar kat Serdang…

Nota kaki : semakin hampir dah nie………..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments

Leave a Reply to ieda al-habsyi Cancel reply