Trimister ke 3 dalam kehamilan

8 bulan

Ewah…… comel tak perut aku?? hik3… ni perut 32 minggu bersamaan 8 bulan bermakna aku ada lagi 6 – 8 minggu untuk melahirkan anak yang ke 4??

Sekarang kira TRIMISTER ke 3 iaitu yang terakhir dalam detik-detik kehamilan.

Sepanjang TRIMISTER ke 3, yang aku hadapi adalah :

  • Perut kerap masuk dan sering muntah di sebelah petang
  • Kerap ‘buang air kecil’ setiap malam iaitu 1-2 jam sekali
  • Tidur tak selesa walaupun mengiring ke kiri dan kekanan
  • Selera makan menjadi-jadi di mana sering makan CENDOL hampir setiap hari
  • Perut di bahagian bawah sering ‘kekejangan’ @ ‘mengeras’
  • Sering sakit pinggang walaupun hanya ‘membasuh’ pinggan mangkuk untuk beberapa minit

Berat badan aku pun semakin hari semakin naik. Adakah berat aku memang naik atau berat dalam perut aku yang naik?? hehehe…. kene tunggu pas bersalin la nak tahu berat siapa yang naik??

Ishk… tak sabar untuk menerima cahaya mata walaupun ini anak yang ke 4. Anak-anak aku sibuk tanya bila ‘baby’ nak kuar. Si Danial siap tanya bulan berapa keluar dan hampir setiap hari tanya dah masuk bulan Ogos ke belum?

Si Iskandar pun sama juga… asal teman aku g check up dia ingat baby nak kuar….hik3… Tapi hanya Zulfadhli sahaja yang tidak memahami. Mungkin masih kecil lagi, jadi dia masih dengan dunia dia sendiri.

Jadi… sabar yek kengkawan, aku masih lagi boleh bekerja dan menghadiri mana-mana ‘acara’ jika di jemput (nak bagi tahu gak tu…hahaha) setakat yang aku boleh g la… kalu tak larat, duduk rumah jer ….

Erkk… rasa macam nak buat ‘peraduan’ mencari nama anak aku.. agak-agak ada tak orang nak joint. Sebab pemenang hanya SEORANG sahaja (dah yang kuar pun satu) dan mungkin aku tawarkan WANG TUNAI jer sebagai ganjaran.

So agak-agak ada tak yang setuju dan berapakah kah nilai yang korang rasa sesuai??

Nota kaki : Meh la bagi cadangan wei!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments

  1. lydzar says:

    makan cendol hari2??
    mak saya punya petua, buat dan makan cendol bila dh tiba hari dan bila dh mula rasa sakit..utk permudahkan proses bersalin..hikhikhik tak tau la apa relevennya.. kelakar gak, tp layan ajela sbb yang buat tu dia..bukan kita 🙂

  2. Jenny @ I'm a full-time mummy says:

    Buang air kecil 1-2 kali biasa la… I normally 3-4 times, itu pun sampai 3-4 pagi masih kena bangun gi toilet lagi. Tired also! As for berat, gulp… semlm timbang I think I naik 3kg lagi la.. mak oiiiii… apa la yg aku makan ni…. 😛

Leave a Reply to ilhamny Cancel reply