Hanya gadis yang perawan boleh petik teh disini

Sebuah ladang teh di Gushi, China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar.

Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.

Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka. Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.

“Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir,” kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.

Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.

Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

– Agensi Bernama

Nota kaki : Dia leh tahu ker org tu perawan ker tidak?? hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments

Leave a Reply