Check up Ibu mengandung @ 34 minggu

Yeaaahhhhhhhh!!!!

Kandungan aku dah pun berusia 34 minggu !!

Suka tak?? suka tak?? eeeh…… sure la suka, sebab tinggal lagi 1 bulan @ 4 minggu untuk bersalin.

Eh…sumi kenapa lak 4 minggu? bukan lagi 6 minggu ker? kan due 11.08.2011??

Ok..ok..nanti aku bagi tahu yek kenapa…. apa2 pun meh layan berapa berat aku untuk minggu ke 34 ni….hehehe

timbang 8 bulan

69.2 kg!!

Okey…. sudah naik 2 kg dalam masa 2 minggu?? hehehe…….. Misi klinik siap tulis guna DAKWAT MERAH sebab naik 2 kg dalam masa 2 minggu!!

nak buat macam mana. Dah selera makan menjadi2 ko…. jadi makan untuk dua orang lak kan, pas tu perut pula sentiasa inginkan makanan…..hehehehe

Okey, meh sambung pertanyaan tadi. Kenapa aku kata tinggal lagi 4 minggu??

Masa kelahiran anak pertama aku kene BEDAH sebab FETAL DISTRESS (Kecemasan – Baby nadi lemah), kelahiran anak kedua NORMAL, anak ketiga aku kene BEDAH sebab BREECH (songsang).

Jadi ikutkan doktor punya cadangan, anak keempat aku kene BEDAH sebab aku dah 2 kali melahirkan anak secara pembedahan.

Ikutkan hati aku nak bersalin NORMAL, ialah… antara penjagaan dalam pantang semasa NORMAL dan BEDAH berbeza. Selesa lagi NORMAL sebab dalam masa 2 minggu badan dah mula rasa segar dan tegap.

Aku dah cuba tanya doktor untuk mohon bersalin secara NORMAL (mohon tu.. mcm minta permohonan lak..hehehe). Tapi tak boleh kerana doktor berikan aku beberapa kemungkinan semasa kelahiran iaitu :

  • Doktor tak tahu berapa besar anak dalam kandungan aku jika menunggu 40 minggu kehamilan kerana anak kedua aku semasa aku bersalin normal adalah 3.54kg. Takut baby boleh lebih besar dari itu…
  • Doktor tak mahu ambil risiko kerana aku pernah 2 kali bedah jadi takut jahitan dalam perut berisiko.
  • Doktor tak mahu ambil risiko juga atas kesakitan yang bakal aku alami jika bersalin normal seperti “tak tahu mana sakit, sakit nak bersalin @ sakit kerana jahitan lama di perut”

Jadi kalu ikutkan ramalan Doktor, aku bakal melahirkan anak aku yang keempat pada ujung bulan july di mana ketika itu kandungan aku genap 38 minggu dan masa yang sesuai untuk melahirkan anak secara pembedahan.

Jadi pada 13.07.2011 ini, aku akan berjumpa dengna Doktor Pakar di Hospital Ampang di mana tempat aku akan melahirkan anak. Jadi kene tengok bila kah tarikh yang sesuai untuk bersalin.

Ikutkan sejarah yang lama iaitu untuk kelahiran pembedahan selalunya genap 38 minggu ke atas aku dah kene tahan wad untuk di bedah. Jadi kiranya antara 27 July – 2 Ogos aku mungkin akan bersalin secara pembedahan la.

Siapa yang tak nak lahirkan anak secara NORMAL kan? Aku kalu boleh nak normal. Tapi dah di tentukan aku kene BEDAH terima la dengan seadanya. Tapi andai la aku dapat PELUANG melahirkan anak secara NORMAL untuk yang keempat. Memang amat-amat bersyukur sangat……

Kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan. Mana tahu ‘keajaiban‘ boleh berlaku kan?

Semoga anak dalam kandungan dan juga aku sihat walafiat kan?

Nota kaki : Doakan semoga berjalan lancar untuk aku yek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments

    • Sumijelly says:

      @sofia,
      hehehe…… tak susah mengandung… cuma menghadapinya berbagai ragam..

      ada yang ok, ada yg tak ok… masing2 punya hormon tak sama…hehehehe

      jgn takut la.. tgkla. kak sumi ni takut2 pun..dh nak masuk 4 gak anaknya….hehehe

  1. kakyong says:

    sumi,

    kakyong doakan semoga dapat melahirkan cara normal.. semoga berlaku keajaiban… ade kes yg dah 2 kali c-sec, tp berpeluang bersalin normal.. cuma kena hati2 masa meneran..

    apa2 pun c-sec @ normal.. semoga dipermudahkan dan selamat semuanya…

Leave a Reply