Selangor ke Kuala Lumpur?

INFO mengenai Nombor KAD Pengenalan

Nombor kad pengenalan Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP.

Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99.

Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.

Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

kod ic

memandangkan sekarang jumlah rakyat Malaysia ramai sangat, so nombor tu dah bertambah mengikut negeri. setiap negeri ada 2-5 kod.

alamat rumah

Melihatkan IC aku ni.. nak tanya la kat kengkawan…

Adakah aku penduduk KUALA LUMPUR? atau penduduk SELANGOR?

Aku memang anak SELANGOR, sebab KOD IC aku 10… jadi cuma nak tanya, kalu korang tengok berdasarkan alamat di IC aku tu… korang nak kategori aku ni mana??

Aku dulu pernah kerja kat Talam Corporation di Menara Maxisegar. Alamat pejabat TALAM di alamatkan KUALA LUMPUR, jadi segala cuti umum ikut KL.

Tapi kat bawah Menara Maxisegar ada Maybank Pandan Indah beralamatkan Selangor. Jadi segala cuti umum Maybank Pandan Indah ikut Selangor.

Pelik tak.. padahal dalam 1 bangunan tapi Negeri berbeza. PELIK tak wei???

Tapi masa aku NIKAH, derang cakap kalu ikut IC aku penduduk SELANGOR,  dan my IR penduduk KL, jadi aku p nikah kat Masjid Kg Pandan. hehehe

Jadi PANDAN INDAH tu, Selangor ker Kuala Lumpur?? cer citer..cer citer??

Nota kaki : Selalu konpius bila isi borang permohonan.. tak tahu nak letak mana??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments

  1. Cik Norfa says:

    haha bil api kat rumah kan..alamt rumah jadi cam ni

    55100 Ampang
    selangor D.E

    Tapi kalau bil air plak

    55100 Kuala Lumpur
    W.P. Kuala Lumpur

    kalau ic plak sama ar mcm kak shila tu

    55100 Kuala Lumpur
    Selangor D.E

    nopa pun dah pening. tanya dah pejabat agama, derang kata nanti amik borang semua kat hulu langat… so consider under selangor la..takyah sesusah aki mohon nikah luar negeri

  2. diana says:

    mungkin kt pandan indah ada sempadan kl selanagor, selalunya agensi2 kerajaan ni tak berapa tahu kecuali kalau kita semak dengan Majlis Perbandaran ke, pejabat tanah ke atau balai polis ke? entah la..

    • Sumijelly says:

      @diana,
      hehehe……. Pandan Indah Polis tu Selangor

      padahal umah sbeelh jer balai polis tu…

      menara maxisegar KL padahal depan MPAJ selangor..hahaha

      so.. memeningkan kepala

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply