[INFO] Ikat Peranakan : Risiko dan kesan

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip.

Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF

APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada.

Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga.

Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsan, (DEMC) Shah Alam, Dr Zamri Abdul Rahim menjelaskan ada beberapa sebab mengapa seorang wanita mengambil keputusan mengikat peranakan atau pembuluh yang membawa telur ke dalam rahim ini.

Pertama, jumlah ahli keluarga sudah lengkap atau kedua dinasihatkan untuk berbuat demikian selepas tiga kali melalui kelahiran secara pembedahan atau caesarean atas dasar kesihatan atau ketiga, kerana berkahwin semula.

“Sayangnya kebanyakan kes wanita yang dinasihatkan mengikat peranakan selepas melahirkan secara caeserean masih muda dan berpotensi untuk hamil lagi,” katanya yang menjelaskan ada negara di dunia yang tidak membenarkan prosedur BTL sehingga menyebabkan risiko komplikasi kepada si ibu.

KEADAAN ketika mengikat peranakan (kiri) dan bagaimana proses mengikat itu dilakukan.

Di Malaysia sebaliknya, kesihatan ibu lebih mustahak berbanding bilangan anak kerana mengikut amalan perubatan di negara ini, kemampuan untuk hamil, adalah satu kebolehan seseorang wanita itu.

Ada beberapa cara mengikat peranakan yang biasa dilakukan di negara ini termasuk teknik terbuka selepas selesai kelahiran caesarean. Ia dilakukan dengan mengikat, memotong dan melecuhkan saluran itu. Jika melalui teknik laporoskopi pula, biasanya klip atau lingkaran cincin digunakan, kadangkala ia turut dilecuhkan.

Apabila wanita mahu hamil kembali secara normal, peranakan yang diikat tadi boleh dibuka semula menerusi teknik RTL. Soalnya adakah anda calon sesuai untuk prosedur membuka tiub peranakan kerana tidak semua wanita yang pernah mengikat peranakan boleh melakukannya,” katanya.

Sepanjang tempoh pemeriksaan, pakar kesuburan akan memeriksa tahap kesihatan semasa salur fallopian, biasanya menggunakan teknik laproskopi. Pakar juga akan menyemak rekod pembedahan dan patologi di mana prosedur mengikat peranakan dilakukan. Mereka juga akan mengambil kira beberapa faktor berikut seperti bagaimana ligasi tiub dilakukan (sama ada tiub fallopian dipotong, diikat, dilecuhkan atau disekat tanpa surgeri mengguna klip atau cincin); bahagian mana pada tiub fallopian anda ligasi dilakukan; berapa banyak lagi tiub fallopia yang tinggal; tahap kesihatan tiub fallopia dan usia anda.

Isu lain yang sama penting adalah kualiti sperma pasangan, keadaan dan status pelvik bebas dari komplikasi seperti endometriosis atau sebarang parut tisu sekitar tiub atau ovari; kuantiti telur dan kualitinya. Jika komplikasi ini wujud, peluang untuk reversal berjaya sangat tipis. Bagaimanapun, komplikasi ini tidak menjejaskan kehamilan menerusi IVF secara umumnya. Justeru IVF dilihat sebagai pilihan terbaik sekiranya pesakit mempunyai masalah endometriosis atau parut tisu di pelvik.

Walaupun, RTL diamalkan dan boleh menyumbang kepada kehamilan secara normal, perlu diambil perhatian prosedur ini tidak dipraktikkan sekerap IVF di Malaysia berbanding Amerika Syarikat dan Eropah.

“Ini kerana RTL menggunakan kaedah mikro surgeri yang agak rumit, mungkin dari segi kos ia lebih murah dan kedengaran lebih mudah dari segi tekniknya berbanding IVF tetapi rasa bimbang sekiranya ia gagal perlu ada.”

Pakar kesuburan di sini mungkin lebih cenderung kepada IVF memandangkan reversal memerlukan teknik khas termasuk mikroskop dan kelengkapannya yang malangnya tidak banyak hospital di Malaysia sanggup melabur kos yang tinggi untuk menyediakan peralatannya,” jelasnya lagi yang merujuk kepada kadar kejayaan yang rendah dan komplikasi reversal yang tinggi termasuk kes hamil luar rahim (ectopic).

“Cara terbaik adalah bertanya pakar mengenai pesakit lain yang berjaya menjalani prosedur reversal mahupun IVF dan bercakap sendiri dengan mereka. Sekiranya ada cara yang lebih selamat, adalah wajar untuk dipertimbangkan kerana akhirnya pasangan hanya mahukan zuriat yang sihat,” jelasnya yang bangga dengan peratusan kejayaan kehamilan menerusi IVF di DEMC yang kini mencecah 25 peratus.

FAKTA:

Alasan ikat peranakan

  • Tidak mahukan zuriat
  • Mengawal jumlah anggota keluarga
  • Tidak boleh hamil atas sebab kesihatan
  • Aktiviti seks yang aktif dan subur tanpa perlu bergantung pada perancang keluarga seperti pil
  • Atas sebab perubatan/kesihatan

Prosedur ikat

  • Tiub fallopia dipotong dan diikat
  • Disekat dengan gelung silikon
  • Penggunaan klip

Pemeriksaan bagi hamil semula

  • Pakar kesuburan memeriksa tahap kesihatan salur fallopian, biasanya menggunakan teknik laproskopi.
  • Meneliti rekod pembedahan dan patologi prosedur mengikat peranakan dilakukan.
  • Faktor lain diambil kira termasuk bagaimana ligasi tiub dilakukan (sama ada tiub fallopian dipotong, diikat, dilecuhkan atau disekat tanpa surgeri mengguna klip atau cincin); bahagian mana pada tiub fallopian anda ligasi dilakukan; berapa banyak lagi tiub fallopia yang tinggal; tahap kesihatan tiub fallopia dan usia wanita berkenaan.
  • Ujian sperma pasangan turut dilakukan.

Nota kaki : Info untuk rujukan sendiri gak ni…huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

37 comments

  1. AAAJUNE says:

    adakah wanita yang telah menjalankan ikat peranakan boleh melahirkan anak ,semula dengan berbagai cara?
    dan saya juga adalah wanita yang kerap bersalin ?

    sila beri penjelasan

  2. ros says:

    saya dh setahun stgh buat slps buat BTL. saya nk bertanya,berapa lama jgkamasa sembuh sepenuhnya bg luka dalaman yg di alami. bagi luka luaran saya,dalam masa berpantang sudah kering dan kesannya pada gam itu sgt rapi,tiada kesan bonjolan walaupun saya berbadan besar. kebelakangn ini bila saya buat kerja berat sedikit terasa sakit pada bhgian kanan tpt peranakn,,kenapa ye?

    • Sumijelly says:

      rasanya itu adalah rasa yg normal.. saya pun telah buat 2 tahun yg lepas.. memula ada rasa sakit..lama2 ia akan hilang.. tunggu lg 1 thn.. jika masih lagi sakit segeral berjumpa dengan doktor untuk meeriksa apa kah sebab nya…

      • Nur says:

        Betul kah slps kita ikat peranakan..nafsu kita menurun…dulu sy x fikir sgt..tpi skrg sy semakin tertekan…aktiviti sex sy x lgi seindah dulu…klitoris n puting payudara sy seolah mati…x lagi bertindak bls pd rangsangan

  3. dina says:

    Slps 3 tahun btl..mensus tak teratur…kdg2 dalam 1 bln 2 kali mensus. Kdg2 sampai 2 bln tak mensus..adakah ini implikasi btl…..

  4. Honey says:

    sya nk bertanya bolehkah sya mengikat tiub fallopio selepas sya melahirkan bby ke4..ini berikut masalah kewangan yg kurang stabil.sya berumur 30 pd 2015.

    • Sumijelly says:

      Salam….

      Sebaik. .baiknya berbincang bersama suami dan doktor. Kerana sy bersalin secara pembedahan dn berisiko. .. jika puan jenis bersalin normal mungkin doktor boleh advice cr lain…

      Wallahualam…

  5. hamba allah says:

    isteri saya baru 2 hari buat btl.katanya sangat sakit pada bahagian perut n belakang dan tambah pula dia ada gasterik.
    jadi kat sini saya nk tnya adakah sakit ini buat semntara waktu?

  6. Ieyna says:

    Salam,

    Ingin bertanya saya telah buat btl pada kelahiran ketiga melalui kaedah caesarean pada Mac 2014, selepas dari habis pantang hingga sekarang saya masih belum period. Adakah itu normal?

  7. Eija says:

    Saya da ikat peranakkan pada 4/9/2014 dia hospital bersalin kuala lu,pur semasa melahirkan anak ke 3, tapi sekiranya saya ingin membuka semula ..dimanakan saya boleh mendapatkan rawatan ini?

    • Sumijelly says:

      salam….

      selalaunya refer balik ke Hospital… Doktor akan kenal pasti kenapa perlu buka balik dan akan terangkan risikonya… selalunya buka ikatan peranakan ni hanya pembedahan kecil iaiatu tebuk pada perut bukan pembedahan besar seperti bersalin. wallahualam

  8. Sabrina says:

    Salam,
    Saya nak Tanya sekiranya saya ingin membuka kembali ikatan,adakah tinggi peratusannya utk Hamil semula?Cara manakah yg lebih selamat jika dibandingkan dgn ivf,utk pngetahuan saya sudah Ikat peranakkan setelah 3x czer,atas nasihat doktor.

  9. eyda says:

    sy nk tye..sy brslin czer ank ke 3 9/4/2015 skli ngn btl..sy dtg period 18/7 kira2 dlm 2 mngu sy dtg priod..lpas pd hri 2 x dtg2 priod spai skrg…adakn normal..perlukh sy brjmpa dktr???

    • Sumijelly says:

      salam…

      mengenai period tu.. bergantung pada hormon seseorang…

      ada dtg awal. ada lambat dtg. ada tak datang2.. kemudian dtg.. ada pula berpanjangan…

      Boleh refer ngan doktor untuk maklumat lanjut…Dptkan pandagan doktor pakar.. takut benda lain yang berlaku…

  10. emma says:

    Saya telah dilecuhkan pd 8 bln yg lepas. Saya inginkn kepastian adakah keberangkalian saya termengandung….?? Umur saya 39thn,saya dinasihatkan membuat kaedah ini krn komplikasi setiap kali bersalin(czer). Kalau boleh saya tidak lg mahu menpunyai zuriat.

    • Sumijelly says:

      kalau dah ikat.. amat tipis untuk mengandung.. 1% sahaja.. tp x semua la.. mungkin dalam 1000 org.. 2 org aja kemungkinan akan mengandung….

      Jadi kalau tak mahu lagi mengadnung.. kaedah ini adalah terselamat dari makan pil atau guna kaedah lain…

      Apa-apa pun rujuk pada Doktor yang bertauliah… terima kasih

  11. ZUBAIDAH YUSOFF says:

    hari ini adalah hari yang ke 16 saya buat btl…saya sendiri nak kerna ini dah anak yg ke 9..masalahnya saya rasa tak selesa dalam perut..atau sebab cezr ke apa ke tak tahula….rasa macam nak terbuka jahitan tu…sdgkan nurse bagitahu yg kat luar tu elok cantik…aduiii saya dah rasa tak sedap hati bila baca macm2 kat sini..ada kesan sampingan ke buat btl ni…boleh tak sapa2 kongsi dengan saya kesan sampingan buat btl..memang rasa ngilu ker…saya nak berjalanpun dah rasa macam orang tua…tolonglah jgn cakap kat saya ada implikasi…kesan trauma saya czer belum lagi habis….takkan ada pula pada btl…ke sebab kesan czer …ni first time ni czer….berapa lama nak baik ni…selalu bersalin normal jer….

  12. Niza says:

    Jika ad buat btl peratusan utk hamil mmg susah..jika terhamil adakah bahaya? Jika hamil adakah luar rahim @ dlm rahim?

  13. Siti robitah says:

    Saya salah seorang dh ikat selepas caesar yg 3. Tapi selepas 4 bln abis pantang, saya dikejutkn dengan ada janin di dlm rahim berusia 2 minggu. Tapi doc sarankan buang janin sbb terlalu risiko. Soalan saya, bolehkah saya mengandung lg? Doc ckp maybe ikatan x kuat. Kalau mengandung bley terjadi x preggy luar rahim?

  14. Siti mariam says:

    Assalamuilkum.saya siti mariam..sy ada hal nk dicerita .sy bru 2tahun berkhwin tapi yg jdi masalah nye sy ada kisah hitam dulu..kerana keluarga sy takut sy melahirkn bayak anak luar nikah jdi sy dipaksa ikat .tpi kini sy dh berkhwin sy ingin sangat punya zuriat yg sah ..kini sy ingin punya anak lgi….sy dah berbincang dengan suami katanye dia setuju ..kalau boleh denga sipa sy boleh berjumpa untuk masalah ni..

  15. nora aziz says:

    Sy telah buat BTL pada kelahiran ank ke 3 pada 7/4/15 krn semua ank dilahirkn secara cser..semua lelaki…sy perasan period sy sedikit terganggu..biasa normal 7 hari..lps ikat..tempoh period jd lama hingga 14 hari. Tp diantara tempoh tu darahnya kdg ada kdg takde…adakah normal?

  16. Iks says:

    Salam….saya dipaksa mem buat btl atas faktor risiko bersalin cser dah 3 x……..selepas dnc saya mem buat lap btl……tp X pasti jenis yg mcam mana…..boleh beritahu jenis btl yg mana kita boleh request utk rtl

  17. Mas says:

    Sya pun dah buat btl after 3 child’s delivered. Now dah 7 yrs berlalu terasa nak ada bb gal. Bole ke nak rtl n get pregnant.

Leave a Reply