Hallu………….. pagi sumer, setelah 2 hari bercuti sakit di rumah… rasanya badan semakin lemah la pula. Ialah.. berat badan semakin lama semakin berat… huhuhu…… tak larat nak jalan.. sakit wooo…..
Udah la kat rumah nak melayan 3 hero kecik dan 1 hero besar….hik3…. dan yang dalam perut juga perlu di layan. Sebab dia suka mengeras tak kira masa. sakit perut ibu nak oitttttt……hehehe
Sumer sedia maklum, aku ngah sarat mengandung, dan minggu depan dah bersalin… erti kata, orang sambur RAMADHAN, aku sambut anak baru….. **padan muka kene ganti puasa sebulan nanti** waaaaaaaa…….
Kali ni nak bercerita tentang ANAK la kejap…hehehe… harap maaf la rasanya mesti panjang entry kali ni…muahahaha
Kalu pas kahwen jer, sumer tanya, bila nak timang anak?
Soklan ni biasa aku terima masa kawen…hehehe….. tak perlu tunggu lama pun, pas habis kenduri belah umah lelaki, aku dah mengandung.
Hebak suami kak sumi!! **bak kata budak gay ni**
Pas tu mesti ramai mengharapkan yang pertama adalah ANAK LELAKI. Ialah lekaki, sok nanti leh jadi pemimpin kepada adik2 nya… lelaki sok leh bantu ibu bapa masa tua nanti. Lagipun lelaki kan kuat dan gagah perkasa, sok nak minta apa2 pertolongan kan senang.
Pas setahun, ramai lak duk tanya… bila nak tambah anak? ishk… anak masih kecik..tunggu la dia besar dulu kan.. tapi nak buat macam mana, baru jer berusia 1 tahun lebih, aku dikejutkan berita tentang kehamilan anak ke dua pula… **yeaaahh… suka walaupun berdebar**
Yelah, masa kelahiran anak pertama, aku bersalin secara BEDAH, jadi perasaan takut ada gak, sebab doktor suh jarakkan anak selepas 2 tahun. Abih tu dah ada, nak buat macam mana kan? terima jerla…huhuhu
Ha.. bila kandungan dah besar sikit, sumer duk tanya aku. Jantina apa? LELAKI atau PEREMPUAN? haaa…… bab ni sumer bedebar2 la kan… ialah bila dah ada LELAKI, ramai duk nak timang anak kedua tu PEREMPUAN kan?? aku pun sama gak.. berharap anak ke dua perempuan.
Scan kat Hospital Kajang, tak nampak jantina, tapi bila scan kat Hospital HUKM…. tu dia… nampak BURUNG sangat jelasssss…….hahahaha. Jadi tak perlu kata apa-apa… senyum jerla….hik3..
Hebak suami kak sumi!! **bak kata budak gay ni lagi**
Pas dah kuar nombor dua LELAKI juga… aku pun mengandung lagi tuk kali ke 3... wah… sangat cepat dan produktif tul aku kan…muahahaha. Tapi tu yang payah, bila tak mengandung duk sibuk tanya bila nak mengandung, dah mengandung sibuk cakap produktif.. habis tu nak buat macam mana, dah aku memang jenis mudah mengandung. Maka jangan menidakkan anugerah yang diberi ALLAH swt tu.. **dan dan sentuh bab agama aku ni kan**
Yang ke tiga pun macam tu jugak, lahir juga anak LELAKI. perghhhhhhh……. 3 lelaki… jagalah aku 3 hero yang semakin lasak. macam tak percaya sebaba memiliki 3 orang anak LELAKI. Hebat tak hebat?? sebab ramai duk kata anak aku ni lasak dan nakal. Macam mana aku leh bawa derang g sana, sini siap tengok wayang lagi…hehehe
Rasanya sumer sedia maklum, mana2 acara aku sure usung anak-anak aku. TAK PENAT ker?? hahaha…. penat tak penat belakang kira, yang penting masa tu la aku dapat bersama ngan anak-anak sambil mereka pun turut gembira sekali. Dan orang kata sejak beranak pinak ni, alhamdulilah REZEKI aku melimpah luah la juga….hehehe
Kak Sumi hebat. Semua anak beliau lelaki.. pergh…**bak kata budak gay ni lagi**
Comel tak budak gay ni lukiskan gambar aku ketika TUA?? hampeh…….. letak umur sampai 80 tahun jer?? huhuhu…. patut letak masa tua jerla.. aku kalu leh nak panjang umur tau…korang g la baca kat ENTRY dia...
Jadi kesimpulan nya.. kalau kali ni aku bakal menimang anak LELAKI lagi….. aku BERSYUKUR… dan mungkin itu sudah ditakdirkan aku dikurniakan LELAKI semuanya dan aku harap kesemua anak LELAKI ini akan menjaga aku sehingga ke akhir hayat aku.
Dan andainya aku memiliki anak perempuan, tetap menjadi tanggungjawab ibu bapa menjaga dan memelihara sehingga la mereka, sehingga dia berkahwin dan menjadi tanggunjawab si suami pula menjaga dan memelihara nya…
Maka, tunggu ajalah kelahiran anak aku yang ke empat… semoga keajabiab itu berlaku… hehehe
Nota kaki : emmm…tak pernah buat entry sebegini rupa… tetiba jer..hik3…

kalau lelaki letak nama hamzah, kalau perempuan letak nama ai..lalalala.. 😀
@makdara TERdiva,
errkkkkkkkk….errkkkkkkkkkkkkkkkkkk **pengsan**
kalau pompuan buh nama SOFIA….. kalau laki buh nama SOFIAN…. mesti comel!!!! he he….
@cikpia,
amboi….. comel nya nama…hik3……..
meriah umah ko nnt sumi bile anak sume dah kawin, menantu perempuan ramai 😉 boleh diorang masak utk ko ngan hubby pulak 😉
@fara,
hik3… harap2 gitu..semoga dipanjangkan umur …
Eh cute lak cartoon tu heheheheh…
@Jenny @ I’m a full-time mummy,
hahaha… tu la pasal.. ada ker gmbr I mcm tu dia lukis…hehehe
kebaboommmm.. hahaa
@hamzah,
erk?? hahahaha
Selamat panjang umur hingga ke 80 tahun….
@hazman aka species1980,
hampeh ko hamzan……..hahaha
wah memang teruja tengok gambar yang terakhir tu.. semoga semua anak2 jadi yang solleh
@myvitrd,
hahaha……. pandai tul org yg melukis kan??kan?? hahha
AMIN
insya’ allah
@yatie,
terim akasih kak yatie…
perempuan…perempuan…perempuan….perempuan…perempuan….amiiinnnn…..(tak larat nak taip banyak2 kali…hahaha)
@ieda,
perghh…..doa2 kan yek..hik3
sedih la pulak baca entri ko ni…aku doakan ko selamat yer…laki atau pompuan tak menjadi hal…yang penting anak ko yang keluar nanti sihat tubuh badan dan lengkap anggota badan ok…dan ko dapat melahirkan anak ko dengan mudah…insyallah
@elynn,
terima kasih Elynn…. ko dh cakp gitu pun satu doa jugak…..
ALHAMDULULLAH, subur belaka..haha. baguslah lahirkan anak lelaki, kesian kat laki semakin berkurangan..hahaha..