Bolehkah anda mengetahui samada mengandung bayi lelaki atau perempuan?
Satu petunjuk ialah saiz bayi anda – lelaki selalunya lebih berat daripada perempuan.
Bayi pada umur 39 minggu mempunyai berat badan sebanyak lebih kurang 6.8 hingga 7 paun / 3 hingga 3.2 kilogram dan dia terus menambahkan simpanan lemaknya yang akan membantunya mengaturtepatkan suhu badan selepas kelahiran.
Sistem-sistem organ anak kecil anda sudah terbentuk dan bertempat sempurna, tetapi paru-paru adalah yang terakhir untuk mencapai kematangan. (Selepas bayi dilahirkan, dia memerlukan beberapa jam sebelum dapat memantapkan pola pernafasan yang normal.)
Adakah anda tertanya-tanya apakah warna mata bayi anda?
Kebanyakan bayi Asia dan Afrika mempunyai mata hitam kelabu atau coklat semasa dilahirkan – mata hitam kelabu mereka akan menjadi betul-betul coklat atau hitam selepas enam bulan atau setahun.
Kanak-kanak kacukan bangsa selalunya mempunyai warna mata yang betul-betul cantik. Bayi keturunan Eropah selalunya mempunyai mata berwarna biru gelap dan warna sebenar – coklat, hijau atau biru – mungkin tidak akan muncul untuk beberapa minggu atau bulan lagi.
Warna mata bayi anda pada saat-saat selepas kelahiran tidak akan berkekalan – dedahan kepada cahaya akan menukar warna mata bayi yang asal.
Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan – walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
Info dari : BabyCenter Malaysia
anak lelaki ke kak sumi…? letak nama MUHAMMAD kat depan nama yea..
@kid,
heheh…….kalu lelaki sure la letak MUHAMMAD di depan nya.. mcm yg 3 hero tu..
Kalu perempuan mesti ada NUR di pangkalnya..hehehe
nampak perut kedepan tu, ada gaya baby boy 🙂
@juanita,
hehehe……. tu la.. lebih kurang jer perut ilusi tu dgn perut yg sebenar…hahaha