Okey….sumer dah tahu kan hari tu aku ada bagi tahu pasal ada pandu uji kat Melaka?? Sapa tak pergi sangat lah rugi woooo…….. macam2 acara dan aktivit meraka lakukan tau…..sama macam yang mereka adakan di KL juga…
Bertempat di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, program dua hari ini telah membuka peluang kepada 20 pasangan suami isteri tersebut menerokai kelebihan Exora, yang merupakan MPV pertama negara.
Lihatlah betapa gembiranya 20 peserta yang datang untuk ujipandu kat Melaka…..
Sesi pandu uji ni tidak seperti yang biasa di lakukan. Sesi ini sangatlaj eksklusif tau… sebab sesi ni di hadiri oleh pakar-pakar yang dibawa khas untuk mereka berkongsi tips-tips dan panduan yang berguna bersama kesemua perserta yang hadir pada acara tersebut. Antaranya ialah :
Pakar perundingan kewangan, Al Jazzura Khan
– En Al Jazzura Khan sedang memberikan penerangan khas mengenai penjimatan dan perancangan kewangan yang dapat dikaitkan kepada ciri-ciri Exora iaitu menjanjikan kos penyelenggaran yang berpatutan.
Ramai yang tahu, bila membabitkan MPV mesti akan fikir kos penyelenggaraan nya mesti mahal. Sebenarnya salah tanggapan itu kerana dengan EXORA kos penyelenggarannya adalah lebih baik berbanding MPV lain.
pakar psikologi kanak-kanak, Puan Kartini Illias
-Puan Kartini sedang memberikan penerangan mengenai ciri-ciri keselamatan iaitu beliau mementingkan aspek keselamatan untuk kanak-kanak, sepertimana Exora yang direka untuk melindungi kanak-kanak dalam kenderaan.
Terutamanya untuk sistem kekunci pintu pemandu (driver door unlock) menjamin keselamatan kanak-kanak kerana ia akan membenarkan pintu pemandu SAHAJA dibuka, sementara pintu-pintu yang lain akan terus terkunci. Sistem ini amat sesuai untuk keluarga yang memiliki anak-anak yang masih kecil dan ramai.
dan pakar perunding imej, Datin Sharifah Shawati
– Datin Sharifah sedang memberikan penerangan betapa pentingnya menjaga ketrampilan luaran untuk meningkatkan keyakinan diri dalam menempuh pelbagai cabaran. Sesi ini diadakan dengan tujuan untuk memberi panduan kepada pasangan suami isteri ini bagaimana, dengan penampilan yang menarik, mereka akan lebih yakin apabila bergaul dengan orang lain sewaktu majlis formal, mahupun tidak formal.
Tip-tip dan panduan-panduan yang diberi adalah antara aspek-aspek penting dalam membina sebuah keluarga yang harmoni. Ia adalah umpama ciri-ciri penting yang terdapat pada sesebuah Proton Exora yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah MPV yang sempurna.
Selepas segala penerangan mengenai EXORA dari segi keselamatan, kewangan dan juga ketrampilan diberikan, semua peserta dibawa ke parkir Wisma PKNM untuk menguji tahap prestasi Exora.
Bertolak menuju ke parkir Wisma PKN beramai-ramai
Sampai di sana mereka di uji dengan beberapa aktivit yang mencabar ketangkasan, kepantasan dan juga kepakaran mereka untuk menguji PROTO EXORA masing-masing…. antaranya ialah :
Kebanyakkan peserta yang dapat menghadiri sesi uji pandu Exora ini amat bertuah kerana mereka dapat merasai pengalaman bersama Exora yang mungkin tidak dapat aku rasai dan mendapat banyak tip-tips dan panduan yang amat berguna daripada pakar-pakar yang bertauliah.
Apa pun yang penting EXORA adalah kereta MPV lain dari yang lain dan yang aku pasti ia lebih kepada S.P.A.C.E iaitu singkatan kepada SAFETY (KESELAMATAN), PERFORMANCE (TAHAP PRESTASI), ADVANCED STYLING (GAYA), COMFORT (KESELESAAN) DAN ECONOMICAL (PENJIMATAN).
Nota kaki : Lebih luas lebih selesa!

Salam.
Waaaaah bestnya. ujian ni dia panggil bloggers kat Melaka jer ke?
@Baju Kurung Budak, eh tak jugak…aritu kana da buat entry pasal sesi pandu uji ni. kira sap2 yang ada kat kat area Melaka tu boleh je nak datang…tapi mostly mesti la orang Melaka yang ada kan…
Ni yg buat saya lebih excited untuk drive Exora! Insyallah kereta Exora baru saya akan keluar dalam masa 2-3 hari lagi..YAHUUU!!!
@sitihawiza,
wah…bestnya…
kira raya ni naik kete baru la yek…huhuhu….
tahniah yek!