Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Eh, sekejap je dah sampai hari ke 17 Ramadhan kita berpuasa.
Bermakna…aku dah berpantang selama berapa hari?? haa…cepat kira. Sapa bijak bistari kira, aku suh anak aku cium2 korang. hahaha…

Rasa macam baru je aku buat entry pasal Nuzul Al-Quran ni tahun lepas. Pejam celik dah berlalu banyak masa, anak pun dah masuk empat ko. Ko hado?? *berlagak pulak aku* Korang boleh je rujuk entry pasal Nuzul Al-Quran tu..ke nak aku copy paste balik? ekekeke…

Cuma time Nuzul Al-Quran kali ni, aku pun tak boleh nak berpuasa sebab dalam pantang…Tak dapat juga berebut peluang yang ada di bulan yang mulia ini. Korang jangan lepaskan peluang untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan ni. Bulan ni, semua pintu neraka di tutup dan dibuka pintu-pintu syurga kepada semua umat Islam. *Ini dari pembelajaran aku ngan ustaz la* Malah doa-doa kita di bulan mulia ni juga lebih mudah dimakbulkan oleh Allah.

Dari aku, selamat menyambut Nuzul Quran. Seperti biasa negeri-negeri yang cuti, selamat bercuti. Dan pada negeri-negeri yang bekerja, sila bekerja terutama adik aku tu ha. sapa suh duk KL kan tak leh cuti. hehe…padahal aku pun kerja kat KL. Tapi aku cuti panjangggg….sila jangan jeles! 

Nota kaki : Selamat bekerja kepada bebudak opis aku. hehehe…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply