Negeri Terengganu pula menjadi tempat uji pandu Exora!

**Ini adalah Sticky post, untuk evtry terbaru, sila scroll ke bawah. T.q **

Wah…semakin jauh sudah ujipandu exora di adakan… sekarang ni dah sampai ke Terengganu tau!! Ishk… rugi tul Mejah tak g test drive kat Terengganu paa 8-9 Julai yang lalu… dari duk umah membesarkan badan, baikla g buat aktiviti yang berfaedah seperti g buat uji pandu kereta exora la! hahahaah

Okey..okey..tak moh citer panjang………sapa yang pernah g uji pandu Exora memang tahu keseronokan dan pengalaman membawa kereta Exora…. walaupun ia besar tapi sangat best bila memandu nya….

exora

Inilah wajah-wajah peserta yang menghadiri acara ujipandu di Terengganu tempoh hari…….kelihatan sangat gembira di wajah peserta…..tak sabar-sabar sungguh mereka nak uji pandu Exora yek!

sxora

Wah..lihatlah bentuk rupa Exora…sungguh bergaya kan?? Sapa pernah naik Exora mesti akan jtuh cinta selepas itu, aku yang tengok pun dah jatuh cinta… kalu dapat pandu uji sure lagi jatuh cinta..hehehe maklum la Exora mempunyai ruang dalam yang luas dan lapang.Memang itulah ciri-ciri yang aku cari…

Lagipun dalamnya terdapat tiga baris tempat duduk dan setiap baris mempunyai ventilasi udara atau penyaman udara yang tersendiri. Memang sesuai untuk mereka yang mempunyai ramai ahli keluarga,  nak pula aku yang anak ramai kan? sure sesuai kalu balik kampung bawa kereta Exora…heheehe

exora

Kalu lihat dari segi gaya, proton Exora tidak kalah berbanding dengan MPV yang lain. Bentuk badannya cantik dan dapat menarik perhatian pengguna kereta yang lain.

Selain tu, Exora juga mempunyai enjin 1.6 CPS yang boleh dikatakan agak berkuasa dan mampu membawa penumpang yang ramai kan? Lagi ramai lagi meriah kan? **raya nak dekat nie… leh bawa Exora balik kampung**

Ciri-ciri pada Exora yang lebih utamakan keselamatan penumpang dan pemandu seperti fungsi kunci halaju yang memastikan semua pintu akan terkunci secara automatik pada kelajuan 20km/j dan bunyi ‘beep’ akan kedengaran sekiranya ada pintu yang tidak tertutup rapat pada kelajuan 7km/j.

Ciri ini direka bagi menjamin keselamatan anak-anak kerana kanak-kanak lazimnya suka bermain dengan kunci pintu. Dengan fungsi kekunci pintu automatik, fungsi buka/kunci pintu ini akan terkunci untuk 20 saat apabila terdapat percubaan untuk membuka dan mengunci pintu melebihi 30 kali.

exora

Ciri-ciri keselamatan lain juga termasuklah sistem brek cegah kunci (ABS) untuk mengelakkan kenderaan daripada tergelincir semasa membrek kecemasan serta sistem pengagihan daya brek elektronik (EBD) untuk memastikan kuasa membrek yang betul dihantar ke roda yang betul mengikut agihan berat kereta. Dua beg udara hadapan serta tali pinggang keledar prategangan turut dipasang bagi penumpang hadapan.

Untuk ciri-ciri lain seperti adanya video player yang memberikan keselesaan ketika pemanduan di mana anak-anak dapat menonton dan ini memudahkan para ibu bapa memandu dalam keadaan selesa tanpa gangguan anak-anak. Tak lupa juga ruang bagasi nya luas dan sesuai untuk letak barang yang banyak. Amat baik untuk perjalanan jauh.

gambar kumpulan

Secara umumnya, untuk mereka yang berkeluarga besar dan selalu membuat perjalanan jauh memang sesuai untuk membeli mpv bernama Exora ini.

Ok…aku dah mula tak keruan dah… sebab aku nak suh my IR g tukau kereta baru… anak dah ramai, jadi keselesaan itu perlu apabila berjalan jauh…

Bestnya kalu dapat miliki keret Exora ni kan? Selesa la sikit anak-anak aku bila duduk…tak perlu berhimpit-himpit macam sekarang dan mudah sikit klau nak bercuti kemana-mana, sebab leh letak banyak barang.

Lagi besar dan luas, lagi mudah merangcang perjalanan!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

Leave a Reply