Ada juga yang sudi datang beraya ke rumah ku!

Hari AHad lepas… aku di kunjungi oleh beberapa blogger ke rumah aku… ewah.. beberapa la konon…hik3

Mereka dah lama dah berbincang nak datang… jadi dengan besar hati aku pun menerima kunjungan mereka… ketua segala perancanga adalah Mejah!!

blogger

Ko tengok la derang..datang-datang jer makan terus! hahaha Ok aku tipu… dah borak2 jap sambil aku sibuk depan belakang ambik makanan dan pinggan mangkuk dengan harapan ada orang nak tolong… hareeeeemmmmmm

Anak dara punya la ramai yang datang…sorang pun tak der nak offer diri nak tolong mak budak ni? ishk..ishk.. jangan ambik derang jadi menantu okey!!hahahaha

blogger

Setelah makanan di hidang.orang pertama yang bedal adalah Mejah! sian mejah.. bakal mertua baca sure kansel wat menantu..sebab kuat makan… dah la makan x ajak tuan umah lak tu……hahaha

Aku rasa Mejah ni memang kosongkan perut kot dr pagi..sebab nak makan kat umah aku.. sebab dia aja makan hampir separuh satay tu…hahaha **tul ke merjah??**

Okey..sebelah Mejah adalah Nisa kay yang mengatakan aku ni anak Sumijelly… wah.. muda gitu aku okey?? sampai ada orang kata aku ni anak orang..hahahaha **sila perasan muda jap yek**

blogger

Pas borak2 dan makan-makan sampai ada la orang bujang basuh pinggan mangkuk kat dapur.. habis sumer kuali aku pun derang g basuh…ok.. pada nak wat menantu.. leh la pilih mereka..hik3…

Sekarang sesi nak berborak kosong sampai x tahu nak borak apa…… sebab sumer macam “ko pandang aku, aku pandang ko” hahaha

Mejah cuba melayan anak-anak aku.. tapi rasanya dia kalah kot.. sebab anak-anak aku buli dia..hahaha…

blogger

Aku pelik tul anak bujang aku ni.. asal ada pompuan datang beraya.. kat situ la dia duk berkepit….. kejap2 pergi kat derang.. kejap2 mengadu kat derang…..

Anak-anak aku ni suka kot kalu ada pompuan chantik dan comel datang beraya **ayat nak ambik hati** hahaha

Eh..baru pasan.. si Anne tak ada dalam gambar.. dia sibuk duk ambik angin depan umah aku…

blogger

Dari kiri : Pen Merah, Yuyu, Nisa Kat belakang tu Mejah la!!

Okey, sebelum balik harusla acara bergambar.. ada ker derang dah nak blah gitu tanpa ambik gambar. Ishk. x gunala datang jejauh hanya untuk MAKAN jer Mejah oit……… ambik la gambar sebagai bukti ko dah sampai ker umah kak sumi ni…..

Ok.. akhirnya dapat gak bertemu 4 mata dengan Yuyu,Nisa dan Anne.. selama ni dalam FB jer kan?? hehehe…

hadiah

Mereka datang bukan dengan tangan kosong.. bawa hadiah lagi tapi bukan untuk aku, untuk Huzaiman…hehehe…

Tapi yang sibuk mengalahkan tuan punya hadiah adalah 2 orang ituw.. nak sangat bergambar dan buka hadiah tu……..pas buka, derang juga yang mengerjakan bedak Huzaiman…….. habis la muka macam kene tepung gandummmm hahaha

Terima kasih yek kerana sudi datang ke rumah kak sumi yang kecik tu.. makanan pun ala kadar jer.. x sempat nak prepared apa-apa pun…… tapi selalunya ajak blogger ni sekali jer derang datang.. pas tu jarang dah datang lagi..hahahaah

Eh x derla. gurau jer.. sok-sok kalu nak datang sila la.. Tahun sudah Eyriqazz ngan Che Arm datang beraya, tahun ni mereka pula.. tahun depan tak tahu siapa lak nak datang..hehehe..nak datang?? cepat2 la buat temujanjji…

Kalu nak tengok entry yang berkaitan g la ke : Blog Yuyu

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply