Wah..sedar tak sedar, cepat utl masa berlalu. …. Huzaiman sudah pun berusia 60 hari bersamaan 2 bulan….
30.07.2011 – 1 hari
Ini adalah wajah semasa sehari selepas kelahiran… sangat kecil jer aku rasa masa ni.. berat pun 2.94 kg jer….dan sangat baik jer.. sepanjag duduk di wad, tido jer kerja dia..
kengkawan sebelah katil menangis pun dia x kesah langsung…hehehe
27.08.2011 – 30 hari
Ini usia nya semasa 30 hari.. lagi beberapa hari nak menyambut syawal… anak ramadhan sungguh dia ni.. tak meragam betul sepanjang aku berpantang.
Jaga dan merengek apabila lapar, berak dan nak tido jer..hik3…
26.09.2011 – 60 hari
Ni wajah pagi ni.. belum bangun tido lagi walaupun aku tengah mengadap komputer nak update blog nie..
Tengok…tengok, bertapa senang nya menjaga Huzaiman. Janjji dia kenyang dan pampers sentiasa kering jer… pas tu mesti dia lena sampai la dia rasa lapar baru bangun…
Wah.. semakin berisi dah anak aku.. dan alhamdulilah.. stok bekalan susu badan pun semakin bertambah.. insya allah, andai dapat aku teruskan.. ingin sampai ke 2 tahun,, AMIN
Dan sedar tak sedar aku ada lagi 30 hari bersamaan 1 bulan untuk menghabiskan cuti bersalin ni… dan selepas itu akan mula bekerja kembali.
Alahai..rasa cam sayang jer nak tinggalkan Huzaiman kat TASKA, macam nak jer bawa dia g kerja duk sebelah aku senang aku tengok2 kan dia… ala.. dia kan baby lagi, kan nya leh berjalan-jalan ke sana ke sini macam Zulfadhli…huhuuh..
Kalu boleh bawa g opis, dah lama aku bawa, tapi apakan daya.. keadaan tidak mengizinkan..huhuhu… jadi nak luangkan masa lagi 1 bulan bersama2 dengan Huzaiman dengan penuh bermakna..hehehe
yup betul tu..hargai masa yang ada sebaiknya kan..nanti dah nak naik kerja mesti rasa sedih..
ketara perbezaan lepas 60 hari tu kan..
Wah best la, at least still ada 1 bulan… I pun dulu sayang nak tinggalkan Ben kat rumah bila maternity leave habis, in the end, resign terus bila start balik kerja. Company tak approve I ambik unpaid leave (cos I ingat nak breastfeed at least 6 bulan) and taknak I buat part-time atau freelance.
So resign terus la… takpelah, sungguhpun hubby susah sikit sebab I dah tak keje, at least my boy I boleh jaga and tak sangka sebab tu, I can breastfeed him more than 2 years, even now with my baby girl, I can tandem diorang berdua. Ok la…
God is good! 🙂
Btw, I think all mummies kalau ada pilihan, mmg nak stay home jaga anak2 diorang, tapi sometimes takde choice, kena kerja ma…
@Jenny @ I’m a full-time mummy,
betul jenn… kalu leh nak susu anak smapai 2 tahun.. tp kehidupan di kota KL ni sungguh tinggi harganya.,..jadi kene la kerja demi membina hidup kan?? ewah.bahas akau.. mcm sasterawan lak..hahaha
i pun nak cuba BF until 2 tahun..harap2 dapat…..
uhuhuhu! kejap je kan kak masa berlalu, huzaiman sudah 2 bulan, ieda plak menunggu masa je ni, heheheh 🙂
@ieda al-habsyi,
ha’ah…cepat jer rasa….
ieda sabar yek.. semoga berjalan lancar yek.hehehe
60 hari dah tembam dah..comel ja..
@lydzar,
hehehe… terima kasih…… seronok tgk anak kalu sihat membesar
huik! dah besalin kawan aku ni…. congratssssssss!!!!!!
@alyrds,
ko ni. dah lama weiii……hahaha
sudah 2 bulan ya…
bestnya cuti bersalin 3 bulan… dapat la melayan baby lama2..
@kakyong,
tu arr.. 3 bulan pun mcm x puas.. nak 6 bulannnnn…hehehe
hurmmm….bila ko nak cukur kepala huzaiman kasi dia botak…..hehehehehe
@hazman aka species1980,
tu arr.. entah bila la IR aku nak bawa…hik3
tembammmmm nyaa dia , comel bagus lah kecik2 baik gini sok besar ikut abg3nya jd lah ibarat bela 40 ekor lembu ye kak.. hahahaa