Rupa-rupanya, Restoran Yellow Cab ni terletak di Jalan Dang Wangi jer.. ala.. jalan nak menuju ke Pejabat Nuffnang tu…..hahahaha
Dek kerana citer Hantu Bonceng la baru la tahu Yellow Cab ni adalah RESTORAN.. aku ingat Syarikat Teksi ke…hahahaha. Entah bila la nak merasa Piza ni yek. Ialah, sekarang dah tak keje kat KL.. jadi amat susah la nak ronda2 KL lagi…..uwaaaaaaaaaaa……….
<—————————————————————————————————————————————>
Yellow Cab tembusi pasaran Malaysia
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Jika anda ingin mencari kelainan dan kembali ke era 60-an dan 70-an dengan membayangkan suasana retro di restoran-restoran Amerika Syarikat (AS), restoran di bawah pengurusan Yellow Cab Food Corp. Sdn. Bhd. (Yellow Cab) ada menawarkannya.
Malah, di hadapan restoran itu terdapat deretan vespa klasik berwarna kuning bagi menggantikan teksi kuning yang terdapat di AS untuk perkhidmatan penghantaran makanan.
Nama Yellow Cab dipilih berdasarkan teksi-teksi kuning yang terdapat di metropolitan New York, AS.
Pengasas restoran itu sengaja memilih nama berkenaan kerana taksub dengan piza dari New York, ikon teksi kuning selain mahu sesuatu yang lebih kasual pada premisnya dengan mengenakan konsep warna kuning dan retro.
Namun, di Malaysia, pihaknya menggantikan teksi kuning dengan vespa kuning yang didapati lebih unik dan sesuai dengan persekitaran di negara ini.
Restoran Yellow Cab di sini yang bukan kategori syarikat francais dimiliki Yellow Cab Corporation Sdn. Bhd. (Yellow Cab), diasaskan di Filipina.
Kini, syarikat itu sudah menembusi pasaran Malaysia dengan membuka tiga buah restoran berkenaan di negara ini terutamanya di Lembah Klang iaitu di kompleks beli-belah Ampang Point, Bukit Bintang dan Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru di sini.
Pengurus Sumber Manusia Yellow Cab Malaysia, Nor Aida Aznita Azizan berkata, berdasarkan permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan, pihaknya merancang untuk membuka Yellow Cab di Bukit Kiara dan Jalan Telawi Bangsar pada tahun depan.
Katanya, tumpuan operasi Yellow Cab buat masa ini adalah di Lembah Klang berikutan permintaannya yang amat tinggi berbanding di tempat lain.
”Kos membuka sebuah premis Yellow Cab adalah RM1 juta hingga RM2 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Selain suasana restoran yang kasual, keistimewaan lain restoran Yellow Cab adalah pada pizanya yang bersaiz besar, bahan salutan atas piza yang mewah serta rasanya yang lebih lazat.
Yellow Cab menawarkan tiga pilihan saiz piza yang iaitu bermula dengan 10 inci, 14 inci dan 18 inci.
”Piza kami memang terkenal kerana kelainan, malah, penduduk Singapura juga sanggup datang ke sini semata-mata untuk menikmati pizza dan hidangan sampingan yang ditawarkan Yellow Cab,” kata Nor Aida Aznita.
ARKIB : 13/09/2010 – Utusan Malasia
hai, nasiblah jauh di johor..kat jb takmo bukak ker? cantik header baru..
oo area opis sye jek ni tp x pnah gak mkn situ…heeeee
@mrs.ecam,
la.. dekat ker?? g la try..hehehe
1st. time comment nie…tp segan nk letak link blog lg…len kali la..
hahaha…jln Dang wangi…dekat da…leh cube nie…ntah cane pricing die nnt…
wohooooooo..ttbe teringin nk komen pn sbb tgk header da makin licin…hehe….g studio shoot ker??..=)
@SR,
lor… asal lak segan.. bukan nak kene tayang badan pun..
tinggal kan la link.. hehehe……..
hehehe.. amboi.. tang header yg ko nampak yek.. ha’ah.. ambik kat studio…
Hurmmm…. cuba email diorang suruh bukak kat bangi or kajang ….senang skit aku nak makan….
@hazman aka species1980,
ah ko.. MFc tu pun macam x berapa nak laku.. nak tambah lagi yg pelik2..hahaha…