My Happiest Moment

nuffnang

Sumer orang ada kenangan yang terindah termasuk aku gak…. sebab aku suka ambik gambar dan bergambar. Gambar ni unik..sebab masa kecil hingga meningkat dewasa banyak berubahan akan berlaku dari segi rupa, bentuk, gaya dan tingkahlaku.

Dengan teknologi yang canggih sekarang ni.. pas ambik gambar dah boleh tengok terus dan dalam masa yang sama edit lagi tau.. canggih kan teknologi sekarang..

Itu lah gunanya ada kamera digital berbanding kamera kodak. Tak perlu ambik masa nak dapatkan gambarnya yang belum tentu kualiti gambar secantik darikamera digital.

Jadi bila suka bergambar ni, mesti ada salah satu gambar yang menggambarkan kegembiraan aku bila bergambarkan?? Jadi gambar yang aku ingin kongsi bersama adalah :

my happy moment

Gambar bersama dengan adik beradik perempuan aku berserta dengan mak aku sekali.

Gambar ini di rakam di satu majlis perkahwinan sepupu aku. Waktu ini lah kami dapat bergambar bersama. Maklum la masing-masing sibuk dengan keluarga sendiri, jadi di kesempatan itu lah aku mencuri masa untuk bergambar bersama adik beradik aku.

Saat-saat ini lah baru kami dapat meluangkan masa bersama seperti bercerita kisah keluarga masing-masing dan bertanya khabar. Jika di fikirkan kembali, amat susah untuk kami bergambar bersama kerana ada masanya jika ingin bergambar, pasti salah seorang dari kami tiada pada waktu itu.

Bila aku tatap kembali gambar ini, dalam hati berkata lagi :

bila agaknya dapat aku merakam detik bersama lagi seperti ini? hanya waktu dan masa akan menentukan nya……..

So sempena dengan gambar ni, aku ingin menyertai pertandingan yang Nuffnang anjurkan. Hadiah yang ditawarkan seperti berikut :

olympus

  • Hadiah Pertama ialah Olympus PEN Lite E-PL3 Kit bernilai RM 2,499
  • Hadiah Kedua ialah Olympus PEN mini E-PM1 Kit bernilai RM 2,099
  • Hadiah Ketiga hingga Kelima ialah Olympus PEN carry-all bag bernilai RM350

Lagi pun kamera Olympus D600 aku pun dah lama berjasa dengan aku sejak tahun 2004 lagi.. harap2 ada tuah untuk memiliki Olympus baru tu.

Kalu korang berminat nak joint, jangan lupa layari laman blog Nuffnang yek! mana tahu rezeki di pihak korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply