Tempahan Ketupat Palas dan Kelongsong Ketupat Nasik Bagi Hari Raya Haji dari Ahkak Geli

**[Entry PROMOTE dari Ahkak Geligeli]**

Tuan tuan, puang puang, Adik adik, hakak hakak.

Dengan ini, dimaklumkan bahawa, mak Ahkak Geli , Mok De Ani (haa amik kau panggilan orang kampung terus) dengan ini ada mengorfer diri untuk beraya bersama kami adik beradik di Ki iL. Jadinya, terus ada sedikit ilham,

Kami menyediakan, dan dengan ini membuka Tempahan Untuk dua items di bawah bagi hari Raya Qurban pada 6 November 2011 (ahad)

2 barang berkenaan adalah:

1. Kelongsong Ketupat Nasik

ketupat nasi
RM0.50 sen satu kelongsong

 

dan

 

2. Ketupat Palas / Ketupat Pulut (sekali ngan isi la ye..bukan kelongsong je)

ketupat palas
RM0.50 sebijik. (siap kukus. Kalu nak goreng, balik rumah korang goreng la)

 

Insyallah, kalu tempahan bole cecah lebih 1000 bijik atau lebih, kami akan teruskan, tapi kalau tempahan kurang dari 1000, mungkin kami terpaksa batalkan semuanya, sebab kalu buat sikit sikit, mungkin tak berbaloi.

Tempahan terbuka kepada warga Putrajaya, Bangi, Kajang, Puchong, dan kawasan kawasan yang terdekat.
**Untuk warga Ki IL yang lain, juga bole la nak tempah, tapi kita setkan tempat nak jumpa untuk pick up barang.

Insyallah, barang tempahan korang bole start diagih agihkan pada korang pada jumaat 4hb Nov tu. Atau kalau nak pick up pada Sabtu 5hb pun insyallah bole. Terpulang kepada anda lah.

Mana la tau kot kot korang nak rasa juga suasana raya, tapi terpaksa beraya dikota raya ni..bole la tempah kan?

Macam mana nak buat tempahan?

Bole la mengemail kepada Ahkak Geli di

Ahkakgeli@yahoo.co.uk

ok? apa apa pertanyaan, bole la ym ke emel ke..ok?

Mekasih

Nota kaki : Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Ahkak Geligeli , penulis blog ini tidak tahu mengenai sebarang urusan jualan. Terima kaseyyy!! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply