Apa dia tanda lahir ?
SECARA umum, tanda lahir pada bayi yang baru dilahirkan bukan masalah besar. Ia jarang berlaku tetapi mungkin mengejutkan ibu bapa yang selama ini tidak pernah terfikir, bayi mereka lahir dengan tanda di leher, muka atau belakang tengkuk.
Tanda lahir boleh terjadi sebelum dia dilahirkan atau selepas kelahiran. Sebenarnya tidak ada cara menghalang tanda lahir. Ia juga bukan disebabkan genetik tetapi bagaimana ia terjadi tidak dapat dipastikan secara khusus.
Kebanyakan tanda lahir akan hilang apabila kanak-kanak berusia lima atau sembilan tahun tetapi ada juga tanda lahir yang bersifat dramatik dan menyebabkan masalah kosmetik dan kemungkinan ia adalah tanda barah.
Tanda lahir pigmen
Ia merujuk kepada sebahagian kecil kulit yang warnanya berbeza dengan warna kulit dominan. Tanda lahir ini juga selalu dirujuk sebagai โcafe-au-laitโ kerana selalunya ia lebih gelap dari kulit dominan.
Tanda lahir begini kadang kala boleh dikaitkan dengan penyakit keturunan yang menyebabkan pertumbuhan tisu saraf. Jika tanda begini kelihatan pada anak anda, pertimbangkan untuk membawanya berjumpa pakar.
Satu lagi tanda lahir yang lebih dikenali sebagai tahi lalat. Tahi lalat muncul selepas bayi dilahirkan dan selalunya ia tidak mengundang masalah. Tetapi jika ia membesar, kemungkinan ia adalah tanda barah.
Kaedah Rawatan
Jika tidak mendatangkan sebarang masalah, tanda lahir sebenarnya tidak perlu dibuang. Tetapi jika ibu bapa berpendapat sebaliknya, kebanyakan pengamal perubatan mengakui program rawatan biasanya lebih berkesan ketika masih kanak-kanak. Bagaimana pun ia bergantung kepada usia pesakit, saiz tanda lahir dan kedudukannya.
Amalan biasanya yang dilakukan adalah dengan rawatan laser. Bagi kebanyakan tanda lahir seperti hemangiomas dan port wine stain misalnya boleh dirawat menggunakan rawatan laser, Intense Pulsed Light (IPL) yang menawarkan kesan lebih baik dan kekal.
Kaedah rawatan ini biasanya akan mengenal pasti saluran darah yang mengembang di bawah permukaan kulit bagi menghapuskan akar tanda lahir. Ia tidak menyakitkan dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit dan kadang kala rawatan susulan diperlukan.
Sumber:Berita Harian
Aku baru perasan, rupanya Iskandar pun ada tanda.. tapi bukan tanda lahir, cuma TAHI LALAT….hehehe.. terletak sama jer ngan Huzaiman, cuma bezanya lokasi. Huzaiman belah kiri, manakala Iskandar belah kanan…
Mereka ni ikut my IR yang banyak tahi lalat..hehehe

my ilham pun ada tanda.. kat peha.. ๐
@KiD,
kat peha tak per.. selalu kat muka ni ramai suruh alihkan.huhuhu
ada ke tadak ek??? jap nak kena check balik (misi jelajah tubuh sendiri malam ni)
@cikpia,
hahaha…sampai macam tu sekali ko.hahaha
saya takde tanda lahir tapi saya ada satu tanda kulit yang beza . warna lebih putih dari biasa . itu dipanggil tanda lahir jugak ke ?
@inurqa,
tu pun di kira tanda lahir..huhuhu
ore klate kato ‘nnurung’… diwarisilah kirenyer
@akuzle ayu,
oo…. yerla kot.. sebab ayahnya memang banyak tahi lalat..hahaha
Salam perkenalan,
Terjumpa blog semasa mencari maklumat mengenai tanda lahir. ๐
Anak saya juga mempunyai tanda lahir dibahagian mukanya. Sangat sedih tapi redha mungkin itu ujian Allah pada kami. Sekarang kami berusaha membuat rawatan laser moga2 dapat mengurangkan tanda dimukanya. Kalau free2, Jemput singgah diblog saya yer ๐
@hayatie,
ohw… saya dah baca blog awak…. semoga dapat la kurangkan tanda lahir kat wajah anak awak yek