Hebat sangatkah Huggies Ultra Diaper ni?

Ohya… ingat tak lagi pasal aku g Event Huggies, pas tu dapat pula Pampers Huggies Ultra…???

Tak hengat??? ala.. sila la baca yek.. penat tau tulis entry pasal tu tp tak baca…… so, sekarang nak bagi tahu macam mana la rupa Huggies Ultra tu yek??

Actually, aku pun x pernah tengok lagi rupa Huggies Utlra ni macam mana….hahahaha

huzaiman

Di sebabkan Huzaiman yang memakainya.. maka jadila dia model jap… ala..comelnya dia aku nengok.. kenapa Huggies tak ambik anak aku sebagai model?? hahahaha

Aku memang dari anak pertama sehingga anak sekarang cukup setia ngan Huggies… ramai yang cakap Huggies ni mahal. Mahal yek?? emmm…. aku rasa biasa jer.. lagi mahal kot pampers lain dr Huggies.. hehehe

RAMAI ibu bapa yang berdepan dengan masalah bayi ruam seperti kemerahan, melecet dan bengkak pada kulit bahagian punggung dan kelengkang.

Menurut kajian, kes ruam dianggarkan berlaku ke atas 58 peratus bayi yang lahir.

Sesetengah ibu beranggapan ruam tersebut terhasil akibat lampin pakai buang yang digunakan.

Ia dikatakan berpunca daripada lampin bayi yang lembap dan tidak segera diganti, alahan dan masalah kulit  yang nipis serta sensitif.

Masalah ini bukan sahaja menyebabkan bayi menangis, tidak selesa dan merengek tetapi ia turut mengganggu emosi ibu dan bapa.

huzaiman

Pandangan dari depan…

Sangat berbeza ngan Huggies Dry yang berwarna biru berlatarbelakang putih.. yang ni nampak bercorak yg menarik sikit la…

huzaiman

Ini pula rupa belakang nya.. siap ada tuli size M lagi..hahaha… senang sikit, tak derla tertukar kalu ambik size lain. Kalu yang Huggies Dry tu, x der tulisan size tu.. jadi bila aku terambik size M & L, kene la belek betul2.. takut salah pakai..hahaha

Huggies Ultra Diaper merupakan lampin bayi pertama di negara ini diperbuat daripada bahan semulajadi atau organik.

Bukan sekadar lampin biasa, ia merupakan lampin premium yang telah diperhebatkan dengan campuran lidah buaya (Aloe Vera), vitamin E dan juga ekstrak chamomile bagi memberi kesegaran dan rawatan terbaik bagi kulit bayi.

Lampin rekaan ini sememangnya memiliki ciri-ciri mudah bernafas bagi membenarkan pengaliran udara terbaik di sekitar punggung bayi, sekali gus membantu kesegaran kulit dan sentiasa kering dan juga pad serta lapisan tambahan pada Huggies Ultra Diaper dapat menyerap segala kelembapan sehingga 12 jam.

Dapat bertahan 12 jam?? berbanding dengan Huggies Dry Comfort yang hanya bertahan 10 jam sahaja? Yup.. memang berkesan.. aku pakaikan Huzaiman dari kul 7.00 malam  – 7 pagi dan hasilnya sangat kering punggung dia…

Di sebabkan Huggies Ultra Diaper ni mahal.. jadi aku peruntukan pemakaian nya pada belah malam sahaja.. waktu siang hanya pakai Huggies Dry sahaja.. sebab siang Huzaiman kerap membuang air besar.. jadi sangat rugi woo kalu pakai yang mahal.

Tapi yang nyata, sejak anak aku pakai jenama Huggies ni bermula dari Danial hinggala Huzaiman, jarang punggung mereka mengalami ruam lampin.. dan tidak pernah mengalami kebocoran pampers serta selesa sepanjang hari..

eh..bunyi macam promote la pulak..hahaha…….so, tak cuba tak tahu kan.. dah cuba sure baru tahu..hehehe

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments

  1. akuzle ayu says:

    mmg haruslah mender mahal kener kje lebey kan? kalo x, sesia kiter dok menabur duit tp ‘servis’ hampehzzz…huhuhu.. now pampers dh giler mahei. alhamdulillah Adik Iffah ok ajer ngan Giant punyo…ehehehhe

Leave a Reply to Myvitrd Cancel reply