Terima kasih kerana sudi membantu!

Wah… sekarang ni kan.. sejak aku ada sling beg untuk baby ni.. tak bawa dah stroller g memana lagi…

Senang jer pakai sling beg baby ni… tak pakai leh simpan dlm beg.. nak pakai sarung terus jer… tapi selalunya bila aku pakai orang tak perasan aku bawa Huzaiman dalam tu.. kebanyakkan ingat aku bawa beg.. ala.. macam handbag la sekali pandang..hehehe

cer tengok my IR ni…hehehehe….kekadang aku rasa sakit bahu nak kendong Huzaiman, so dia pun offer diri nak kendong Huzaiman pakai sling beg ni…

kendong

Pandangan belakang, tak berapa perasan sangat la dia bawa Huzaiman.. sebab macam dia pakai selimpang kain jer kat bahu…hahaha

Tu baru pandangan belakang jer…hehehe

kendong

Tapi bila pandang depan baru la nampak gaya dia memegang Huzaiman dengan sling beg ni…

Puas la nak biasakan dirinya pakai sling beg tu.. tapi lelama sangat senang jer..macam dah biasa jer aku nengok..hahaha. Tapi lelaki kalu bawa benda berat2 ni.. bahunya kurang rasa sakit cepat berbanding perempuan yang lemah macam aku ni kan…hehehe

kendong

Agaknya jarang kot lelaki nak bawa anak dengan pakai sling beg ni kot.. selalunya pakai carrie beg yang kat depan ngan kat belakang badan jer kan?

Bila my IR pakai, ramai gakla mata2 yang memandang dan menoleh 2-3 kali nak tengok apa benda my IR bawa tu..hehehe…Ada juga pas tengok-2 tu dia berbisik2 kat telinga pasangan dia…

Ala… gasaklakan.. janjji my IR tak kisah nak bawa.. malah aku patut berterima kasih padanya kerana sudi membantu aku mengendong Huzaiman menggunakan sling beg tu…lenguh woo bahu nak kendong Huzaiman tu.. nak-nak pula makin lama makin membesar..lagi terasa ko..hehehe

Tapikan, nak tahu gakla, berapa ramai kaum lelaki yang pernah pakai sling beg ni dan membawa anak di khalayak ramai?? hehehe. Rasanya kebanyakkan perempuan jer yang guna, jarang kejadian tengok lelaki yang pakai… termasuk la my IR ni..hehehe. Biasa yang orang pakai jenis carrier beg kan??

Nota kaki : Kenapa nak rasa pelik? anak sendiri yang dikendong, bukan anak orang lain kannn?? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

Leave a Reply