Botol Susu jenama AVENTS, meh kita selongkar!!

Sebelum ni aku pakai BOTOL SUSU jenama TUPPERWARE itu pun pemberian dari orang sempena kelahiran anak sulung… hehehe

Pas tu akku beli Anakku @ Pureen untuk anak2 seterusnya…Tapi bila yang ke 4 ni.. aku macam nak beli jugak botol susu AVENTS ni… keh3

Kan orang duk sibuk pasal BPA FRE (bebas BPA)…

Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kerajaan mengharamkannya pada tahun depan hanya akan menyebabkan lebih ramai bayi dan kanak-kanak berisiko mendapat pelbagai penyakit.

Jadi aku pun survey la Botol susu Avent ni masa bercuti bersalin tempoh hari… so, aku pun sibuk la beli botol AVENTS sebab ia bebas BPA..kehkehkeh

INFO: Bisphenol A (BPA)

  •  Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
  •  Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
  • Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA’ pada bahagian bawah botol.
  • Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
  • Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
  • Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other’
  • Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

So.. meh tengok apa pula perbezaan antara polyethersulfone (PES) dan polypropylene (PP) ni yek?

botol avents

Ini adalah 2 jenis Botol Susu Avents. PES dan PP…

PES :Warna botol nya berwarna honey seperti kaca tapi plastik dan keras.. errkk.. paham ker aku tulih?? hahaha

PP : warnanya seakan kelam tak kelabu tapi plastik dan memang lembut … hahaha…. korang paham ker wei?? hehehe

Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg
Contoh yang lain seperti berikut :

rajah

 

Tapi bila aku lihat kenapakah harga botol susu Avent ni ada yang mahal dan ada yang murah… so, aku bandingkan la apa beza kedua-dua botol…

botol avents

Botol polyethersulfone (PES) : Tiada ring (ujung botol nya lebih tinggi)

Botol polypropylene (PP) : Ada ring (ujung botolnya lebih rendah)

ooooooo….. baru aku tahu.. itu jer bezanya. Kengkawan aku cakap tak ada ring lagi senang sebab tak leceh… tapi ada aku kesah.. sebab PES lagi mahal dari PP tau!! hahaha

Kebaikan botol susu avent nie :

  1. Mempunyai sistem anti colic. Anti colic bermaksud, susu hanya keluar bila baby isap puting botol sahaja. So kalau kita letak dekat mana – mana lepas tue botol tue tertungging,susu xakan keluar dan x jadi leaking.
  2. Di design utnuk mengurangkan baby menjadi konfius puting atau dalam kata lain risiko bingung puting.
  3. BPA FREE
  4. Dapat membuatkan anak kita selesa pada waktu malam. Sebab bila anak tertidur time isap susu, botol avent nie dia xakan ada leaking sebab susu hanya keluar jika diisap sahaja.

botol avents

So, berjaya la juga aku beli 2 jenis botol Avents. 9oz untuk Zulfadhli dan 4oz untuk Huzaiman.

Entah.. aku rasa yang PP ni lagi chantik dari PES kot… walaupun murah tak perla.. sebab aku tengok yang PES tu botol nya macam aku tak yakin jer nak pegang. Sebab dia warna macam honey pas tu ala2 rupa cam kaca.. so macam takut mudah pecah jer…hahaha

Ohya… rasanya botol susu Avent yang lama rasanaya x ada BPA Free

botol event lama

kredit to kakishopping

Belah kiri tu ada BPA dan botolnya warna putih jernih, belah kanan tu yang Bebas BPA yang berwanra honey sikit… Tu pasal la aku rasa hari tu ada jualan penghabisan stock kat IPCebanyak 70%  sebab nak jual balik botol yang tak ada BPA tu kot…huhuhu

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:

  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti. 
  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

Dah beli botol, beli la jugak Puting susunya…

puting avents

Aku beli yang jenis VARIABLE FLOW… satu pek ada 2 unit puting. RM23.00 satu pek tu.. mahal ko.. kiranya 1 puting harganya RM11.50.. gila mahal kan?? hahaha

Selalu aku beli puting RM4.00 dapat 3 unit dalam tu… errrkkkk…. tetiba nak tahu.. PUTING ni nak panggil apa wei?? Biji? Unit? hahaha tak tahu kata bilangan lak…

Sebenarnya puting susu Avent ni ada memacam jenis rupanya…keh3…

puting susu avents

kredit to ryehannaz

Newborn, 1 bulan, 3 bulan dan 6 bulan.

  • Newborn Flow | 0m+ (1 hole)
  • Slow Flow | 1m+ (2 holes)
  • Medium Flow | 3m+ (3 holes)
  • Fast Flow | 6m+ (4 holes)
  • Variable Flow | 3m+ (1 hole)

 Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

Jadi aku ni bukan la mampu kan….. memandangkan tinggal 2 orang jer yang berbotol susu, jadi aku beli la.. hehehehe… Nanti mana tahu leh la belikan tuk adik aku lak.. tapi kene tunggu dia mengandung dulu la..keh3

Walaubagaimana pun.. klau aku boleh menyusukan anak sepenuh masa, dah tentu aku tak akan beli BOTOL susu.. sebab baik BF direct dari mengepam dan bagi melalui botol susu kan??kan??

Nota kaki : Tak cuba x tahu, dah cuba baru tahu…..heheheeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 comments

  1. yatie says:

    akak pakai avent since anak no 1. kira mcm investment gak sbb tahan lasak . tapi anak umur 2 tahun kena pki botol biasa tak tahan sebab dorang gigit puting. puting dia masa tu RM20. mati le seminggu sekali tukar puting. now rayyan pun beli yg PP malangnya sikecik ni tak pandang botol. dia nak direct feed jugak. so masih tak berpakai botol tu walau dah berkali tukar puting 🙁 tunggu tahun depan plak

    • Sumijelly says:

      @yatie,
      sumi kalu duk umah sure tak pakai botol susu punya.. tp di sebabkan mengepam terpaksa gak guna botol susu…

      tp saja jer beli.. sbb tgk ramai yg membeli avents ni… sebaik dpt yg murah2..hahaha

  2. Myvitrd says:

    Memang boleh jadi Duta botol susu AVENT ni.. lengkap untuk penerangan.. patutlah ari tu dok sebok nak suruh beli botol susu Avent ni.. rupanya nak buat rujukan buat entri rupanya.. hehehe.. Syabas Kak Sumi.. entri terbaik..

  3. izdza says:

    New Philips AVENT Classic Feeding Bottles (Newborn Flow, 125 ml x 2)
    Brand: ( Philips Avent ) PRICE : RM52.00

    New Philips AVENT Classic Feeding Bottles (Slow Flow, 260 ml x 3)
    Brand: ( Philips Avent ) PRICE : RM76.00

    New PHILIPS AVENT BPA-FREE ELECTRIC STEAM STERILIZER
    PRICE : RM220.00

    Item2 kat atas nie saya nak jual sebab saya dah ade.. Tp nie mmg betul2 baru belum penah guna… berminat sile inform.. tqvm..

    Izdza – 0123530764

  4. ari says:

    Sebagai bapak..aku cuba berikan yg terbaik utk anak aku..mcm ko org gak kan. .duit boleh cari beb!!. Demi anakku…so mcm tu lah mak ayah kitadahulu mase nk besarkan kita..so pesan aku..event2 gak!! Mak ayah jgn lupa bagi puluss lebih…hehe

  5. izah says:

    Boleh rekemenkan puting susu yg sesuai untuk baby yg ingin beralih dr susu badan kepada susu botol… yg hampir2 dgn puting ibu..

  6. jimot says:

    dekat malaysia apasal x da due date,padahal avent oversea ada due date,botol boleh guna smpai 5 tahun,cuba cerita ckit

  7. angisbayu says:

    Belah kiri tu tak ada BPA dan botolnya warna putih jernih, belah kanan tu yang Bebas BPA yang berwanra honey sikit…

    Sori dear kompius sikit… “tak ada BPA dengan Bebas BPA” … maksud sama kan “free BPA” that mean selamat la kan?

  8. shazwani says:

    salam..ank2 sy pn pakai btol avent,mula2 pki PP,tp lps tu bertukar kpd PES sbb cerewet lah nk pki ring lg…tp nk cite best ny avent PES bottle ni,sy pegi shopping kt GM K.L hjung thun lps,skli btol tu jtuh dr 5th floor n susu 8oz pnuh ms tu,hubby trun ambilkan n mmg xde cacat cela lgsg kt btol tu..no wonder la hrga mhl tp berbaloi..n sp nk puting avent murah tgk kat web http://www.mybabyshop.com rm19.90 je ‘mcm tlg promote plk’…hehe sekian…

  9. Mama Naazneen Insyirah says:

    salam puan.. saya ada nak letgo puting botol susu philips avent yg classic. begini, anak saya guna botol susu philips avent tapi yg NATURAL punya. saya dah silap beli teat nya yg CLASSIC pulak. ingatkan teat yg classic boleh install pada botol natural. rupanya tak boleh. packaging saya dah buka. tapi teat TAK PERNAH guna lagi. teat tu vari flow ada 2 holes. kalau puan berminat nak beli, saya jual RM 25 including postage. jual murah sbb packaging saya dah buka.. teat still elok dan belum guna. kalau puan berminat boleh sms/call/ whatsup saya 013-775 2320 atau email ke katie.jamaludin2@gmail.com

  10. mama says:

    Momies Ada masalah macam saya tak?
    .
    Bintk-bintik puteh pada puting susu.. Susah sangat nak tanggal..
    Rupanya ada cara nak cegahnya tanpa perlu kos tambahan..
    .
    Best sangat. Saya baca di blog ni:
    .
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    .

Leave a Reply