Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara

upinipin

Upin dan Ipin jadi tarikan kanak-kanak ke Muzium Negara

KANGAR 27 Nov. – Sempena musim cuti persekolahan, Muzium Negara mengadakan program Jejak Upin Ipin bermula semalam sehingga 31 Disember ini.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, program yang dibuka kepada pengunjung dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang itu bertujuan menarik lebih ramai kanak-kanak menjadikan muzium sebagai destinasi ilmu.

“Di samping mereka berhibur dengan pelbagai aktiviti Jejak Upin Ipin, mereka turut didedahkan dengan pelbagai bahan pameran yang terdapat di muzium

”Kita sendiri memahami usaha menarik minat kanak-kanak ke muzium amat sukar, justeru penganjuran program tersebut sedikit sebanyak mampu membuka hati mereka untuk melihat sendiri apa yang ada dalam muzium,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Santai di Muzium Kota Kayang, di sini hari ini.

Ismail berkata, tarikan utama program Jejak Upin Ipin ialah pembinaan replika rumah opah dan tadika mesra bersaiz sebenar dalam siri animasi tersebut.

Katanya, pengunjung akan merasai sendiri suasana sebenar animasi Upin dan Ipin dan memenangi pelbagai hadiah menarik.

”Pengunjung juga akan didedahkan ilmu pengetahuan pembikinan animasi itu dan teknologi yang digunakan di samping menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan,” katanya.

Ismail menambah, pihaknya menyasarkan sejumlah tiga juta pengunjung akan mengunjungi 21 muzium di bawah jabatan itu dan sehingga kini sejumlah 2.3 juta pengunjung telah mengunjungi muzium-muzium berkenaan.

Dalam pada itu, Muzium Negara turut mengadakan pameran Busana Perkahwinan Mutiara bermula semalam sehinga 31 Disember ini manakala di Muzium Alam Semula Jadi, Putrajaya sedang berlangsung Pameran Misteri Sang Buaya sehingga 31 Januari tahun depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

Leave a Reply