Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!!
Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang diterima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :
1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”
Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.
2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan
Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
- Premier
- Jusa
- Pengurusan Tinggi
- Pengurusan dan Profesional
- Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.
3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam
Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :
- Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
- Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
- Markah 75 % – tiada kenaikan
- Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan
4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru
- Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
- Premier – RM40,000
- Jusa C – RM12,000
- Pengurusan & Profesional – RM6,000
- Pelaksana – RM3,000
Sumber : Beritasemasa.com
wowweeee…
*rubbing palms*
so, xde la isu ‘kena smbg smpi umur 60, baru dpt kenaikan’ tu ye?
@isabelle,
hehehe.. wallahualam.. yang itu saya kurang pasti…
kita nantikan pekeliling tu nantiiii..hehe
siapakah yg menjawat jawatan Ketua Setiausaha Negara itu….sila angkat tangan…banyak gila gaji dia wehhh
@Cik Norfa,
hehehe…… kalu la bang ipar ko tu KSN.. dah lama aku berhennnnttttttiiiiiii kerjaaaaaaaa…….hahaha
@Sumijelly, jgnkan kak shila…dgn nopa2 pun berhenti kerja la….sanggup tlg jaga danial kat rmh. hahahaha