Apabila Zulfadhli demam dan ulser mulut

Hai semua….. hari ini adalah hari ke3 saya bercuti. Maklum la anak kedua saya Iskandar sudah berusia 5 tahun dan saya perlu uruskan hal sekolahnya. Alhamdulilah…. Iskandar sangat senang di uruskan. Mungkin pengalaman menguruskan anak pertama dahulu memberikan pengalaman untuk saya.

Kebetulan pula anak saya Zulfadhli demam dan di ikuti ulser mulut.

ulser mulut

Ulser Mulut

Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut?

Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi

Tanda-tanda (simptom)

Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air

demam

Memula saya perasan dia demam sahaja… dan terus bertanya pada Pengasuh sama ada di TASKA ada budak demam ker? Jawapan nya tiada… tapi semakin hari demam nya tak kebah. Lalu saya rasa mesti kene ulser mulut.

Sebab dia tak der sakit perut atau apa2 pun…cuma ketara air liurnya melelh sahaja…..

cool fever

Sebaik ada KOOL FEVER… saya memang sentiasa ada beli stok untuk kegunaan kecemasan seperti demam atau lebam di dahi,Nak ke klinik rasanaya pasti doktor akan memberikan ubat demam juga.

Bekalan ubat demam pun memang sentiasa ada dalam simpanan. Cuma jika melarat dan tak turun juga suhunya baru saya segera membawanya ke klinik yang berhampiran.

Tapi apa-apa pun sila rujuk pada yang pakar sebelum membuat sesuatu keputusan. takut lain yang terjadi pula.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

  1. akak su says:

    cuaca sekrg yg panas sebab tu mudah kena ulser. bukan anak2 aje yg kena, akak ygtua ni pun kena gak. rasa seram sejuk bagai nak demam bila kena ulser. dulu akak penah beli kat farmasi ubat ulser ‘medigel’ namanya. cepat lega bila sapukan pada anak

  2. lov says:

    alamak aii, ank lov pn skunk tgh kene ulser muloot ni..bso kt dlm2 plk tu..

    ngamok je, mkn pn xnk..carik petua kata ltk garam, asm kepink..tp xelok2 jgk la..

    tgok ulser tu mcm btmbh bso je..riso plak, nk g kinik xde msa blek keje pn da mlm..adoiii

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply