Apabila Danial pula demam, tak dapat nak bersekolah…

Saya dah jangka perkara ini pasti akan terjadi. Memula datang nya dari Zulfadhli, kemudian berjangkit dengan Huzaiman, sekarang giliran Danial pula kene. Hari tu nyaris-nyars Iskandar nak demam… tapi tak demam.. hanya selsema..

Jadi nak tak nak, hari ini saya terpaksa ambik cuti kecemasan kerana menjaga si sulung ni. Ingat kan selepas makan ubat demam nya akan kebah… nampaknya semakin melarat pula.. jadi nak tak nak saya terpaksa korbankan masa dan duduk di rumah

danial demam

Dah tak larat sungguh si bujang ni… sampai minta nak tidur sebab rasa mengantuk dan letih.Tak bersekolah la dia hari ni. Lupa pula, kalu budak sekolah, leh ker dapat MC yek?? huuhu

Emmm…. sekarang pula cuaca kejap panas, kejap hujan….jadi mungkin faktor cuaca agaknya. Puas dah suruh   minum air putih… rasanya kat rumah dah berkali-kali masak air untuk buat bekalan. Tapi cepat sungguh air nya susut…

Jadi hari ni kat rumah duduk bertiga sahaja. Zulfadhli dah hantar ke Taska manakala Iskandar sibuk nak g Sekolah.. jadi hantar aja. Orang ngah semangat nak g sekolah, jangan di tahan…tahan…hik3

Okla… macam biasa, kalu cuti duduk rumah, tak derla nak berehat-rehat… kerja rumah sentiasa ada. jadi marilah memngerjakan rumah ini sebelum danial dan Huzaiman bangun tidur dan meragam…hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments

  1. akak su says:

    kalo g klinik doktor akan bagi surat mengatakan dia tak dpt hadir kesekolah pasal demam. kena amik surat tu. cikgu kelas kengkadang nak bukti. semoga anak2 cepat sembuh

Leave a Reply to Huda Cancel reply