Tukar Kad ATM CIMB ke DEBIT CIMB Master pula!

Hari ni saya mash mood bercuti lagi. Kerana sekolah anak saya masih bercuti, maka nak tak nak saya dan my IR kene la bercuti…hehehe

Jadi di kesempatan yang ada, saya terus terjah bank CIMB harini kerana ingin menukar kad ATM saya yang dah uzur dek terkopek plastik depan nya…

Dah alang-alang ke CIMB, terus la tukar kad dr ATM ke Kad Debit Master pula….

eceh….eceh…..macam aplly kad kredit pula….hahahaa….

Ada beza tau kad kredit dan kad debit… kad kredit ni kita utang dulu baru bayar, kalu kad debit ni, kita bayar apa yang ada dalam duit kat bank kita jer…

Kalau tak der duit dalam bank, jangan la nak memandai-mandai g ‘swipe’ kad memana shopping centre…hehehe

Ini lah rupanya Debit Kad Master saya.

Wah..sudah feeling-feeling macam banyak duit la pulak pakai ini kad..hahahaha… tapi kene ingat la, kalu setakat sebulan sekali jer kaya… maka pepandai la berjimat cermat yek!! hehehe

Nak apply kad ni sangat senang wei……

  • Pergi memana CIMB Bank dan cakap kat pegawai khidmat pelanggan cakap nak tukar kad ATM ke kad Debit
  • Isi borang dan ambil nombor giliran.
  • Sediakan IC, KAD ATM lama, KAD PEKERJA, LESEN MEMANDU (saya tak tahu la bank lain ada ker tidak memerlukan ini, di Cawangan CIMB Bangi mereka minta sumer itu)
  • Dalam masa yang sama mereka akan keluarkan kad DEBIT dan aktifkan dalam masa 24 jam
  • DAH BOLEH PAKAI!!!

Senang bukan??

Yang penting sumer kegunaan nya sama seperti kad ATM CIMB Bank yang biasa kita guna… jadi tak perlu risau pasal INTEREST BANK yek… beberlanja apa bila duit dalam BANK ada jer…

Sekarang dah boleh membeli belah di mana-mana kedai kompleks membeli belah yang ada logo MASTERCARD!!

Notakaki : ok.. skrg tgh cari kedai mana yang akan merasmikan dulu kad DEBIT saya ni….hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments

  1. Ray says:

    Salam, nak tanya..camna nak aktifkan debit card nie ek? Sya da ada debit card tapi still tak bole guna mean x bole nak swipe card kat mana2. Sya dah aktifkan dekat cimb atm kat Others> Debit Card > IC > done kan? tapi cek kat cimbclicks..xda pun penyata debit card..so maksudnya tak aktif lagi?
    thanks

    • Sumijelly says:

      @Ray,
      masa dpt kad kat kaunter CIMB tu, derang suh tukar pin. memula masukkan pin keselamatan pas tu baru tukar pin atm kita. lepas tu dh leh guna. Kat cimb online hanya masukkan kad baru untuk pengkatifan jer, tp transaksi sume rmcm biasa

      Saya dah guna pun.. tak perlu aktifkan kat memana pun.. swipe jer…

      • Ray says:

        @Sumijelly,
        Da buat step by step macam cik Sumi cakap tu time dpt kad kat kaunter..tp bila nak guna kad tu tuk pembelian x bleh. Pastu ada la try call help centre. Dia cakap my debit card x aktif lagi, so dia bagitaw la cara nak aktifkan debit kat dekat ATM. da buat macam tu tapi x taw lagi da aktif ke blom. Maksudnya, Debit Kad tu aktif tuk keluarkan duit & cimbclicks saja tapi belum aktif tuk Pembelian Swipe.

        • Sumijelly says:

          @Ray,
          emm… mcm pelik sikit la.. dah leh kuar duit kat ATM ker belum?? kalu dah boleh keluarkan, maknanya dah leh guna la tu…

          cuba test beli barang di mana-2 kedai.. kalu lepas maksudnya dah berjaya la tu.. sbb rasanya selepas tukar pin nomber, kad dah AKTIF…

  2. sepul says:

    sumi,nape pas tukar kad debit ni.sy xbole gune cimbcliks.website kuar popup suh masukkan no kad baru n new e-pin no??npe eehhhh??

  3. ahmad says:

    salam. Pagi tadi lepas baca entry ni semalam saya terus ke CIMB caw Setiawangsa.Saya apply utk tukar ATM biasa ke Debit card. Saya diberi 2 borang yang simple saja dan isi tak sampai 5 min. Kemudian ambil no.giliran dan urusan di kaunter tak lebih dari 18min, dan saya dah mempunyai CIMB debit card ni. kemudian ke ATM utk aktifkan kad dengan Pin keselamatan sementara (kemudian terus tukar P/W. Boleh pakai p/w lama). Kemudian utk CIMB Clicks, pergi ke e-pin dan masukkan e-pin baru (saya just copy no. pin sementara tadi saja) dan kemudian masukkan no. hp spt yang diminta. Proses selesai. Di website CIMB Clicks, masuk seperti biasa (jangan 1st time login). Done.

    p/s: di caw CIMB ni, tak perlu produce Driving licence & kad pekerja.

    • Sumijelly says:

      @ahmad,
      wah….untugn la kan…

      sebab kat CIMB bangi tu mereka minta semua.. kalu kad pengenalan tak leh guna lagi leceh..dernag suruh buat KAD PENGENALAN baru dulu..kemudian baru tukar kad atm tu….

      ishk..ishk..banyak kerja tul

    • Sumijelly says:

      kad debit boleh guna untuk tempah hotel jika ada pada cara2 pembayaran.. tak smeua hotel online terima.

      kene baca T&C bila nak buat bayaran..

      terima kasih

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply