Huzaiman – 6 bulan

huzaiman

Okey… sapa GERAM dengan budak ni?? sila tinggalkan komen SEKARANG!! hahaha

Tengok la.. kalu senyum.. omak aik.. comel jer… rasa mau gigit-gigit dia jer..hik3…

Pada 29.01.2012 tempoh hari, genapla umur Huzaiman 6 bulan.. perghhhhh….. cepat jer kan.. dah 6 bulan. Hingat lagi saya macam mana masa dalam pantang menjaga dia… alhamdulilah… dia memang kurang meragam. Tidur jer keje dia..hik3

huzaiman

7.5 kg

Wah… alhmadulilah, berkat perha susu dan juga menyusuinya secara berterusan tanpa tambahan makanan, beratnya smeakin meningkat. Mau nya tak naik, menyusu jerrr……. ngek sikit susu, ngek sikit susu.. mai tak naik bagai di pam..pam..hahaha

Setakat ni, dia dah pandai meniarap dan suka menlonjak-lonjak kan badannya ala-ala berenang dalam air...

okey la.. esok-esok leh la masuk renang berirama…hik3

huzaiman

Yang paling ketara, adalah suka memasukan jari dalam mulut sperti gambar di atas..Korang tengok la.. 2 jari sekali.. kekadang 4 jari pun boleh okey…hik3…

Saya memang tak ajar anak saya menggunakan puting susu untuk di sumbat ke mulutnya. Pernah beli dan pernah cuba tapi di luak nya balik. Mungkin sedap lagi kot hisap jari dari isap puting..keh3…

Okla.. pemeriksaan akan datang ialah SETAHUN. Tapi tak per, insya allah, masa dia 7 bulan saya akan cuba update klau sempat g klinik untuk timbang.. keh3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments

  1. Myvitrd says:

    comel2.. HUzaiman dah masuk 6 bulan.. Harraz baru nak follow 2 bulan.. hehehe.. memang kalau bagi susu ibu ni.. berat baby dengan montok dia lain macam.. hehehe

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply