Hari Wilayah disambut di Kuala Lumpur pada setiap 1 Februari setiap tahun sempena meraikan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia.
Tema sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini adalah βRakyat BersatuWilayah Persekutuan Majuβ.
Tema ini dipilih, selaras dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB PerdanaMenteri, di mana untuk mencapai pembangunan yang utuh dan berterusan ia memerlukan komitmen dan kerjasama yang padu serta saling memahami di antara setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama.
Tahun ini Kuala Lumpur berusia 38 tahun manakala Labuan berusia 28 tahun dan Putrajaya berusia 11 tahun.
Jadi kepada NEGERI yang bercuti hari ni, SELAMAT HARI WILAYAH!!!