Senarai Kedai Makan 1 Malaysia

kedai makan 1 malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Hanya selepas hampir lima bulan program ‘Menu Rakyat 1Malaysia’ (MR1M) dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Julai lepas, program itu kini semakin menampakkan kejayaan.

Usaha yang bertujuan membantu rakyat mendapatkan makanan dengan harga berpatutan ini berjaya menarik penglibatan 1,254 pengusaha kedai makan sehingga 12 Jan 2012, demikian menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Program yang menawarkan pakej makanan dengan harga berpatutan bagi sarapan dan makan tengah hari ini adalah program sukarela dan semua peniaga dan pemilik restoran boleh menyertainya,” kata beliau.

Menurut Ismail Sabri, harga yang ditawarkan di restoran terlibat dengan program MR1M ini sangat berpatutan.

Contohnya, harga paling tinggi menu untuk sarapan pagi bagi restoran di Semenanjung adalah RM2.00 dan makan tengah hari pula hanya RM4.00.

Manakala di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, harga maksimum ialah RM2.50 (sarapan pagi) dan RM5.00 (makan tengah hari).

Itu berita pada 25 Januari 2012. Semalam 9 Februari 2012, dan setelah di periksa dalam laman web 1pengguna, terdapat 1,225 buah kedai jer?? emmm…  dimanakah lagi 29 buah kedai tu?? tak beroperasi kah 2 lom daftar lagi?? hehehe

Jadi pada seisapa yang ingin menikmati makan pagi dan tengahari dengan harga murah, leh la g jengah ke kedai-kedai yang telah pun di senaraikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) .

kedai makan kajang

tu dia.. sekali saya tengok menu untuk makan tengahari adalah Laksa/Bihun/Mee sahaja.. rasanya tak g la kot.. sebab selalunya majkan tengahari adalah NASI..hehehe

Nanti nak suh Hazman Fadzil g terjah la Kedai Makan 1 Malaysia ni… adakah menunya sungguh berpatutan dengna harganya tu…..hehehe….

>>SENARAI KEDAI MAKAN 1 MALAYSIA<<

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply