Bersuka ria di Pameran PETRONAS StreetSmart!

Hari sabtu lepas saya bawa keluarga pergi bersuka ria di Petrosains… eh. ada apa yek kat sana??

petrosains

Ha……. sapa yang tak tahu, kat Petrosian ada Pameran PERCUMA untuk dewasa mahu pun kanak-kanak….

Ini adalah kali ke 2 kami pergi ke Pameran yang bertemakan KESELAMATAN…hahaha.. tapi naik kete tetap gak tak pakai talil pinggang keselamatan. Macam mana tu?? keh3

petrosains

Petronas Streetsmart ni tidak la terbaru.. kiranya kali ke 2 dia lancarkan.. tpai di perbaharui dengna pelbagai aktiviti la sikit. Masa pertama kali saya pergi tu tak la sebesar ini… dan banyak juga permainan yang dapat di cuba oleh saya dan anak-anak.

Petronas StreetSmart juga menampilkan pertunjukan keselamatan jalan raya dan simulasi lebih interaktif berbanding tahun lalu bagi membolehkan kanak-kanak lebih memahami situasi lalu lintas tertentu serta dapat mengenalpasti masalah dan bahaya ketika di jalan raya.

petrosains

Datang awal lebih baik dari datang lambat dan per rebut-rebut kan?? tengooook… lengang giler ko..hahaha.. harus la cepat, sebab anak saya jer 3 orang lom masuk lagi ibu dan ayahnya yang nak turut serta main..hehehe

petrosains

Tapi kali ini saya mendapat jemputan dari Mickey’s Safety Club la… bila ada jemputan tu.. adalah agak istimewa dari beberapa aspek.. hahaha

Jadi … meh kita tengok apa yang ada dan menarik di Petronas StreetSmart ni…

petrosains

petrosains

petrosains

Iskandar cukup suka main kerea ni… tapi dia bukan paham apa pun yg mesin komputer ni tanya… yang penting, dia leh bawa kereta macam ibu dan ayahnya bawa tu..hehehe

petrosains
petrosains

Permainan ini pun Danial main ulang-ulang… sebenarnya lebih kepada membawa kereta sambil ber sms apa kah padahnya? Ha.. klau nak tahu.. baik korang pergi sana.. leh cuba… adakah korang terror bawa kereta sambil bersms…

Nak tahu mana handphone yang perlu sms tu? tu.. ada sebelah kanan bawah skrin besar tu..hehehe

petrosains

Ini pula korang perlu menjadi ‘Menteri Pengangkutan’.. ok.. sangat mencabar yek… my Ir berjaya mengatasi kesesakan lalulintas di bandar ciptaan nya…

Jadi saya pun mencuba untuk bermain permainan ini… malangnya……..

.

.

.

.

.

petrosains

GAGAL!!!!!

hahaha,……….hancur bandar saya!!  Tapi sangat menarik pesanan yang di pamerkan :

Sebagai Menteri Pengangkutan, anda adakalanya terpaksa mengambil langkah yang tidak popular. Bukan mudah menjaga hati rakyat. Keselamatan jalanraya memerlukan kerjasama semua pihak.

Paham kan maksud yang nak di sampaikan?? agak susha menjadi menteri.. sebab sumer nak kene jaga…hahaha

Pas main segala permainan kat situ… ada pula acara mewarna…

petrosains

petrosains

Tu dia bersungguh2 anak-anak saya mewarna.. dapatlah sorang sekotak pencil warna tuk di bawa pulang….hahahaha. Okla.. sorang satu dapat.. sampai rumah saya simpan.. kalu tidak.. habis seluruh rumah saya jadi dinding melukis mereka… hahaha

Jadi pada yang nak pergi, boleh la pergi ke Pameran Petronas Streetsmart ni…

Pameran : Petronas Streetsmart
Tempat : Petrosains, The Discovery Centre, Suria KLCC
Tarikh : sekarang sehingga 29 Februari 2012
Hari : Selasa hingga Ahad dan ditutup pada Isnin
Waktu : 9.30 pagi hingga 6 petang.

Bukan itu saja, 20 pelanggan Astro pertama setiap hari akan menerima beg cenderahati eksklusif Disney Junior dan setiap kanak-kanak yang melawat pameran ini juga boleh mendapat cenderahati Mickey yang hebat!

Ohya.. di samping itu jangan lupa untuk menonton sebanyak 13 episod di Disney Junior (Astro saluran 613).

Rancangan Mickey’s Safety Club yang dicipta khas Disney Junior ini juga akan dipersembahkan pada hujung minggu untuk mengajar kanak-kanak cara mengamalkan keselamatan di jalan raya melalui cara menyeronokkan.

Jadi… pada yang mempunyai anak dan tidak mempunyai perancangan nak kemana, apa kata ke Petronas Streetsmart ni.. pasti menyeronokkan…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply