Kisah Zulfadhli [Part 3]

Ok… nak sambung lagi PART 3. ada ker nak baca?? hehehehe

Sapa terlepas baca yang lalu.. leh la baca di sini :

>> Kisah Zulfadhli [Part 1]

>> Kisah Zulfadhli [Part ]

 

Ahad (11.03.2012)

Bangun pagi, misi dah pesan jangan kasi anak makan atau minun.. sebab nak ke Dewan bedah…. jadi dalam pukul 8.30 pagi adalah 2-3 orang misi ke hulur hilir nak uruskan hal-hal ke dewan bedah.

Tengok la Zulfadhli… sikit pun tak nanges.. siap layan ‘angry bird’ adalah…

Kat kaki baru letak jarum tuk letak air… kene letak kat kaki.. kalu kat tangan takut dia cabut.. sian la dia.. dahla kiri tak leh guna.. kalu cucuk kat kanan, lagi la susah dia nak gerak..

Tapi kan.. ingatkan kalu bubuh jarum kat kaki pun, dia bukan duduk diam.. emmm.. tak derla.. lagi aktif adalah.. kehulur hilir dia nak jalan. Kita ni dah la risau takut kaki dia sakit sebab jarum tu…ishk…

Ni dah nak gerak ke dewan bedah… jadi tuk sementara, ayahnya la dulu iring dia ke Dewan Bedah… ibunya macam biasa, sibuk nak merakam gambar kejadian..hik3. Kata blogger tegar… haruslah bersedia dalam apa jua keadaan..hehehe

Rilek jer Zulfahli naik katil ni.. ingat lagi masa saya nak bersalin kan Zulfadhli jugak la.. di hospital Kajang juga… berdebar2.. dengan menahan skait perut yang sednag mengeras-geras… Tapi bila tengok dia rilkes jer.. macam x ada apa-apa berlaku jer..hehehe

Agak-agak apa kah yang di fikirkan dalam kepala dia yek?? emmmmmm…………..

Setelah masuk ke Dewan Bedah.. saya hanya teman dia sehingga ke dalam Dewan Bedah. Kiranya berdiri sebelah dia sepanjang ubat bius jalan dan samapi dia dah tak sedar. Bila dah mula tak sedar, kene la cepat2 keluar dari Dewan bedah… sebab Doktor dah nak mula buat kerja pembedahan kecil…

Sekejap jer kat dalam bilik tu.. dalam 15 minit kot.. doktor hanya masukkan WAYAR dalam lengan dia jer…nanti saya tunjuk gambar X-ray nya yek..macam biasalah.. lupa lak nak snap…. hik3

Ni setelah kuar dari dewan bedah tapi masih di kawasan pemantauan.. Zulfadhli tak sedar pun.. masih mamai-mamai… Saya jangkakan dia akan merengek atau menangis.. tapi tidak.. dia layan tido jer.. sikit pun tak berbunyi…

Memang sungguh kuat Zulfadhli… agak-agaknya la kan.. esok-esok kalu dia kene bersunat, adakah dia akan setabah ini?? mmmmmmm………..

Jadi setelah dia sedar, baru di hantar kemali ke wad biasa… dan esoknya (Isnin- 12.03.12) di benarkan keluar….. YEAH!!!!

Habis sudah part di Hospital Kajang… setelah 3 hari 2 malam tidur kami tak lena kerana menjaga anak, saya tetap bersyukur kerana kecederaan nya tidak melibatkan nyawa. Semoga selepas ini kami jadikan ia ikthibar untuk anak-anak saya yang lain.

Tapi sebagai manusia, kita tidak terlepas juga dari melakukan kesilapan.. walapun kita jaga, pantau dan juga tatang anak-anak tu.. kalu benda nak berlaku tetap gak berlaku kan??

Selepas keluar dari Hospital,pada 19.03.2012 ada temujanjji dengan Doktor Tulang untukpemeriksaan dan juga X-ray tulang kembali..nak lihat kecederaan nya adakah semakin pulih?

Jadi nantikan sambungan nya lagi yek!! hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

  1. abu says:

    berani la anak kak sumi.. aku takut kalau main bedah bedah ni
    aku paling kuat pun kena potong ‘itu’ je dulu masa kecik2 hahahaha

Leave a Reply to fazrol Cancel reply