Huzaiman – 8 bulan

Hari ni 29.03.2012…. bermakna sudah 8 bulan rupanya usia Huzaiman…. Macam ak percaya jer.. anak bongsu saya sudah pun besar rupanya…. sudah pun pandai melakukan bermacam-macam gelagat..hik3

Huzaiman sudah pun pandai duduk dengan sendirinya.. di mana dia yang sendiri berusaha untuk duduk walaupun tidak setegap macam ibu duduk… gaya comel la dia duduk…

Dah mula pandai mengensot sehingga ke dapur.. habis licin la lantai rumah.. tak yah mop lagi.. sebab dah ada orang yang bantu nak mop lantai…hik3

Dah mula nak merangkak.. baru setapak dua.. jadi sekarnag kene la letak dia di lantai jer.. sebab kali letak di katil takut jatuh..huhuhuh

Suka tersengih-sengih…. geram nengok.. macam nak gigit-gigit.. tapi tetap kene gigit gak.. sbb dah geram..hahaha

Setakat ini, gigi belum tumbuh… tak seperti anak kawan saya iaitu Alyson yang baru berusia 6 bulan.. tapi dah keluar 1 gigi….jadi.. saya sudah mula takut kalu dia sudah ada gigi…hehehehehe

8 bulan selalunya tiada suntikan.. cuma pemeriksaan bulanan.. tapi di sebabkan saya pergi ke klinik swasta, jadi tak der la wat pemeriksaan…hehehe.. tapi tak per… nak kene g jugak, sebab saya nak tahu berat badan dia berapa…jadi.. balik nanti leh la g klinik… yeah!!!

Jadi… lagi 4 bulan iaitu bulan 7 Huzaiman akan berusia Setahun. emmm…. nak wat macam mana.. lahir bulan Puasa.. jadi ambut setahun pun bulan puasa jerla..hik3

Saya akhir dengan gambar Pemandu FORMULA 1 yang baru…

.

.

.

.

.

.

.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

Leave a Reply